Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas harus elak makan di pusat penjaja, beli 'bungkus': NEA

Oct 01, 2021 | 09:35 PM



AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Jumaat (1 Oktober) menggesa warga emas agar mengelakkan makan di pusat penjaja dan membeli makanan untuk dibawa pulang.


Surat makluman terbaru untuk warga emas itu dikeluarkan di tengah-tengah peningkatan kes Covid-19 baru-baru ini yang membuat orang tua berisiko lebih tinggi mengalami komplikasi kesihatan yang serius jika dijangkiti koronavirus itu.


Pada Khamis (30 September), Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) menasihatkan warga emas dan ahli keluarga mereka agar duduk di rumah selama empat minggu akan datang sementara menunggu keadaan Covid-19 menjadi stabil.


AIC - sebuah unit Kementerian Kesihatan - juga menggesa warga emas agar mengehadkan kegiatan yang membenarkan pelitup dibuka dan keluar hanya untuk aktiviti penting.


NEA, dalam kenyataannya pada Jumaat, berkata warga emas boleh meminta ahli keluarga atau anggota isi rumah mereka membelikan makanan.


"Mereka khususnya harus elak daripada menjamu selera atau bersembang sambil minum air di pusat penjaja buat masa ini," tambahnya.


NEA juga menggesa mereka yang mengunjungi pasar dan pusat penjaja agar mematuhi langkah pengurusan selamat (SMM) yang telah dilaksanakan, termasuk mengamalkan jarak selamat, mematuhi saiz kumpulan yang dibenarkan, dan memakai pelitup dengan betul setiap masa.


Pelitup harus dipakai sebaik sahaja mereka selesai makan, tambah NEA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >