Subuh
5:27
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:10
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Warga emas koma selepas dilanggar e-skuter

Sep 22, 2019 | 09:01 PM

SEORANG wanita berusia 65 tahun kini berada dalam keadaan koma setelah basikalnya dilanggar sebuah e-skuter malam semalam (21 September) di Bedok North.

Cik Ong Bee Eng, yang bertugas sebagai pembantu pembungkus penghantaran, mengalami kecederaan parah di bahagian otaknya serta tulang rusuk manakala selangkanya patah.

Beliau dilanggar seorang penunggang e-skuter berusia 20 tahun.

Cik Ong berada dalam keadaan tidak sedarkan diri apabila beliau dikejarkan ke Hospital Besar Changi (CGH).

Menurut The Straits Times, pihak polis telah mengenal pasti lelaki yang terlibat dalam kemalangan itu.

Lelaki tersebut berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke CGH.

Polis telah memberkasnya atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah dengan melakukan perbuatan cuai.

Anak lelaki Cik Ong, Encik Ng Chin Khai, 41 tahun, berkata:

“Saya diberitahu bahawa ibu saya sedang melalui lintasan zebra apabila e-skuter yang berjalan dengan sangat pantas melanggarnya.

“Doktor telah memberitahu bahawa ibu saya akan berada dalam keadaan koma setelah rawatan pembedahan.”

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian