Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas paling berisiko dilanda tanda jangkitan serius Covid-19, harus jalani vaksinasi secepat mungkin: MOH

Jul 19, 2021 | 01:28 AM



WARGA emas adalah yang paling berisiko membangun tanda jangkitan lebih serius ekoran virus Covid-19 lantas harus mendapatkan vaksinasi secepat mungkin, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Mereka boleh berkunjung ke mana-mana pusat vaksinasi atau membuat janji temu menerusi laman pendaftaran, kata MOH dalam satu kenyataan pada Ahad malam (18 Julai).



Ia menambah: "Kami juga menggalak individu yang baru mendapatkan suntikan pertama mempercepatkan janji temu bagi suntikan dos kedua mereka agar mereka boleh dilindungi sepenuhnya lebih awal lagi."



Warga emas yang berusia 70 tahun ke atas adalah kumpulan usia pertama yang ditawarkan menjalani vaksinasi Covid-19 tetapi merupakan peringkat usia dengan kadar pengambilan vaksin paling rendah iaitu sekitar 70 peratus, berbanding peringkat usia lain. 



MOH menambah warga Singapura harus terus memerhatikan langkah pengurusan selamat seperti bertemu doktor jika mereka tidak sihat dan menjalani ujian seawal mungkin jika mereka terasa sakit meskipun mereka telah menjalani vaksinasi.



Ia menambah: "Kami telah mengorak kemajuan penting dalam membuka semula (ekonomi negara) dan memberi vaksin kepada penduduk Singapura sejak awal tahun ini dan kita mesti tidak kehilangan momentum kita.



"Sebarang langkah lanjutan ke arah pembukaan semula (ekonomi Singapura) hanya akan mampu dilakukan jika setiap orang kekal berjaga-jaga, mendapatkan vaksinasi dan terus bersandarkan langkah pengurusan selamat."



 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >