Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas pilih barang dapur lebih murah, manfaat diskaun

Jul 09, 2022 | 05:30 AM



ENCIK Morni Sulaiman, 78 tahun, rajin mencari diskaun tambahan untuk golongan generasi perintis dan warga emas di pelbagai pasar-raya.



Ini merupakan salah satu cara Encik Morni, bekas pekerja bank yang sudah bersara, berjimat sewaktu dalam masa-masa inflasi ini.



Encik Morni tinggal bersama isterinya di Yishun dan mereka masih menampung sebahagian perbelanjaan mereka sendiri.



Dengan kos sara hidup yang meningkat akibat inflasi, Encik Morni dan isterinya mendapati perbelanjaan mereka turut meningkat sedikit.



Bil utiliti Encik Morni, termasuk kos untuk penggunaan elektrik, air dan gas telah meningkat dari $135 pada Mei lalu kepada $160 pada bulan lalu. Perbelanjaan pengangkutan awam juga meningkat sekitar $10.



"Saya tak rasa sangat inflasi terhadap bil utiliti kerana hanya saya dan isteri sahaja di rumah. Kami jarang menggunakan alat-alat teknologi di rumah dan biasanya masak sekali sehari," kata Encik Morni.



Bagi Encik Morni, peningkatan perbelanjaan barang pasar yang paling ketara. Ia meningkat dari sekitar $400 ke $500 semenjak inflasi mencengkam. Beliau mula perasan yang barang-barang pasar naik harga apabila beliau mendapati bajetnya sebanyak $400 tidak boleh lagi membeli kesemua barang yang diperlukan seperti dahulu.



Oleh demikian, mereka mula berbelanja dengan lebih bijak.



"Saya ambil tahu tentang diskaun-diskaun tambahan yang ditawarkan oleh pelbagai pasar raya. Kemudian, bergantung kepada hari yang saya membeli-belah, saya pergi pasar raya yang ada diskaun tambahan yang terbaik untuk golongan warga emas dan perintis," kata Encik Morni.



Menurut sebuah infografik oleh Seedly yang dikongsi oleh Encik Morni, pasar raya seperti Fairprice, Giant, Cold Storage, Sheng Siong dan Prime menawarkan pelbagai jenis diskaun tambahan untuk golongan warga emas dan perintis.



Misalnya, terdapat diskaun 2 peratus hingga 3 peratus untuk golongan warga emas, perintis dan pemilik kad CHAS biru, bergantung kepada hari yang dilawati oleh pembeli-belah.



Untuk menambah penjimatan, Encik Morni kini memilih jenama yang lebih murah dan mencari diskaun yang ditawarkan secara spontan.



Beliau menambah:



"Untuk jimat berbelanja makanan laut seperti sotong dan udang, saya membelinya pada waktu tengah hari bila penjual mahu habiskan bekalan mereka. Harga boleh turun sekitar $2 hingga $4 sekilo."



Encik Morni juga akur sokongan pemerintah banyak membantu.



Antara lain, warga seperti Encik Morni layak menerima Baucar GST bernilai sehingga $300.



Beliau juga belum lagi menggunakan baucar CDC yang diagihkan sebelum ini dan menantikan bantuan utiliti sebanyak $100 pada September nanti.



Ini sebahagian daripada pakej bernilai $1.5 bilion untuk mengurangkan beban inflasi bagi warga.



"Saya bersyukur ada pelbagai jenis bantuan kewangan dan subsidi untuk menampung inflasi kini, terutama sekali untuk golongan yang lebih terjejas," kata Encik Morni.



Beliau sedar yang terdapat ramai orang lain dari golongan perintis dan warga emas yang menghadapi lebih banyak cabaran berbanding dirinya.



Encik Morni berharap bantuan dan subsidi yang dapat mengurangkan kos sara hidup, lebih mudah diakses dan difahami golongan warga emas dan perintis.



"Walaupun terdapat bantuan yang ditawarkan oleh pemerintah, kita sebagai warga emas dan golongan perintis mesti cuba berbelanja dengan cermat dan bijak supaya kita dapat menyara kos hidup yang semakin tinggi dalam jangka masa panjang," kata Encik Morni.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >