DUA warga Singapura yang kembali ke sini dari United Kingdom dan India adalah antara lima kes import jangkitan Covid-19 yang baru dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Isnin (16 Oktober).
MOH, dalam kenyataannya pada Isnin malam, berkata salah seorang daripadanya merupakan lelaki warga emas berusia 74 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan dari India. Seorang lagi adalah remaja perempuan berusia 19 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan dari United Kingdom.
Lagi dua kes pula adalah pemegang pas lawatan jangka panjang yang mempunyai sejarah perjalanan dari Russia dan Indonesia.
Baki satu kes pula adalah pemegang permit kerja yang kini bertugas di Singapura dan sampai ke sini dari Indonesia.
Kesemua lima kes import sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sejurus tiba di Singapura. Mereka diuji positif sewaktu menjalani SHN.
Tiada kes tempatan dikesan pada Isnin.
Dalam pada itu, empat kes jangkitan Covid-19 sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.
Sebanyak 40 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.