Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas sedar penting dapat vaksin penggalak

Sep 07, 2021 | 05:30 AM



CIK Zaleha Mohamed, 62 tahun prihatin sekiranya keadaan Covid-19 yang kian berubah bakal menjejas kesihatan dan keselamatan keluarganya.



Memandangkan adanya varian baru serta tahap imun yang semakin lemah pada usia itu, beliau, bersama suaminya Encik Mahmud Said Sayat, 61 tahun, sudah bersedia menerima suntikan vaksin penggalak Covid-19 - meskipun sudah menjalani rejim vaksinasi sepenuhnya sebelum ini pada Mac dan April lalu.



Pasangan itu yang tinggal bersama tiga anak, seorang menantu lelaki dan seorang cucu di Pasir Ris berkata:



"Kami bersedia untuk mendapatkan vaksin ketiga itu kerana takut ada wabak baru yang datang."



Encik Mahmud seorang jurumesin berkata, langkah ini penting dan mereka yang layak menerima suntikan ketiga itu sepatutnya berbuat demikian dengan segera.



Ini sedang pemerintah pada Jumaat lalu mengumumkan bahawa mulai bulan ini, kumpulan pertama suntikan vaksin penggalak akan diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, penghuni kemudahan penjagaan warga emas, dan mereka yang mempunyai sistem imun yang dikompromi.



Laporan lanjut: Warga emas tidak teragak-agak untuk ambil vaksin ketiga Covid-19




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >