Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas S'pura meninggal dunia kerana komplikasi Covid-19: MOH

Nov 29, 2020 | 12:30 AM



SEORANG lelaki Singapura berusia 68 tahun meninggal dunia kerana komplikasi yang berpunca daripada jangkitan Covid-19 pada 27 November.



Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu malam (28 November) menjelaskan lelaki itu telah berkunjung ke Indonesia pada 10 Mac untuk bertugas dan kembali ke Singapura pada 17 November setelah mengalami kesesakan nafas sejak 11 November.



Warga emas ini kemudian dimasukkan ke hospital setibanya di Singapura.



Beliau disahkan menghidap jangkitan Covid-19 pada 18 November dan mempunyai sejarah penyakit darah tinggi dan jantung.



Ahli patologi mengesahkan punca kematiannya sebagai penyakit jantung iskemik yang disertai dengan jangkitan Covid-19.



Hospital Universiti Nasional (NUH) telah menghubungi keluarganya dan menghulurkan bantuan kepada mereka.



Sebanyak 29 kes meninggal dunia di Singapura kerana komplikasi jangkitan Covid-19.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >