BEKAS pesakit Covid-19, Cik Sity Ngainsiyah Salamon, 62 tahun, kehilangan motivasi untuk bersenam selepas kelas senaman mingguannya digantung sementara pada September lalu memandangkan bilangan kes Covid-19 baru naik mendadak di sini.
Meskipun para jurulatih yang menyelia sesi senaman anjuran Persatuan Perkhidmatan Masyarakat En - salah satu rakan kerja Persatuan Rakyat (PA) - telah memuat naik video senaman dalam kumpulan WhatsApp yang disertai Cik Sity, beliau masih tidak ingin mengikuti rutin senaman tersebut, lapor akhbar The Straits Times (ST).