Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga emas tidak teragak-agak untuk ambil vaksin ketiga Covid-19

Sep 07, 2021 | 05:30 AM



WARGA emas di sini sedar akan manfaat suntikan vaksin ketiga atau suntikan 'booster' Covid-19 bagi mengekalkan daya tahan diri mereka terhadap virus itu dan bersedia untuk mendapatkannya jika perlu.



Mereka yang ditinjau Berita Harian (BH) baru-baru ini turut berkata mereka sedar akan sistem imun mereka yang semakin lemah memandangkan mereka sudah lanjut usia dan prihatin terhadap risiko penularan varian baru.



Mantan bendahari Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, Encik Ahmad Abu, 80 tahun, berkata:



"Sekarang jenis-jenis varian ada Mu dan Delta, saya ingat baguslah suntikan booster ini dibuka kepada warga emas dan harap-harap kepada orang ramai juga," katanya.



Beliau dan isteri, Cik Alijah Mat Said, 74 tahun, pernah diberi Perintah Kuarantin apabila Pasar dan Pusat Makanan Bukit Merah View - yang dikunjungi Cik Alijah - dikesan sebagai kelompok jangkitan pada Jun lalu.



Mereka sudah divaksin sepenuhnya sejak Februari lalu dan berkata suntikan ketiga vaksin itu adalah baik untuk menguatkan lagi daya tahan mereka terhadap Covid-19.



"Jika pemerintah tawarkan peluang untuk kami dapatkan suntikan booster itu kami akan ambilnya. Apa yang baik untuk kita, kita ambil," kata Encik Ahmad Abu, seorang bapa tiga anak dan mempunyai 13 cucu dan lima cicit.



Seorang pesara, Cik Salbiah Asbu, 63 tahun, yang selesai mengambil suntikan kedua Moderna April lalu, berkata beliau bersedia mengambil suntikan ketiga jika diperlukan.



"Kalau suntikan ini sememangnya baik dan tiada kesan sampingan, saya akan ambil untuk cegah daripada dijangkiti Covid-19, selagi (suntikan ketiga itu) terbukti selamat untuk kita," kata Cik Salbiah, seorang mantan jurutera kanan.



Jumaat lalu, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, mengumumkan bahawa Singapura akan menawarkan kumpulan pertama suntikan booster vaksin Covid-19 kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas, penghuni kemudahan penjagaan warga emas, dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah mulai bulan ini.



Beliau menjelaskan warga emas merupakan golongan yang terdedah kepada risiko kesan jangkitan Covid-19 yang teruk dan bakal menghadapi respons imun yang lebih rendah daripada rejim suntikan kedua-dua dos vaksin sebelum ini.



Bagi Cik Hatijah Mohamed Akib, 71 tahun, seorang ejen pelancongan, beliau berkata beliau akan menunggu sampai lebih ramai orang mendapatkan suntikan ketiga itu sebelum beliau membuat keputusan untuk dirinya sendiri.



"Saya sudi menerimanya dan saya akan lebih terdorong jika lebih ramai orang mendapatkannya.



"Saya pun nak tahu apa kesan-kesan kesihatannya selepas disuntik vaksin ketiga itu," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >