WARGA emas merupakan golongan yang bakal menghadapi risiko paling tinggi menghidap simptom serius daripada virus Covid-19 dan digalak mendapatkan vaksin secepat mungkin, kata Kementerian Kesihatan (MOH).
Pada masa yang sama, warga emas yang belum divaksinasi diharap dapat terus duduk di rumah sebanyak mungkin, kata Menteri Kewangan Encik Lawrence Wong.