SEORANG lelaki berusia 62 tahun dibawa ke hospital selepas kemalangan yang melibatkan kereta sepanjang New Upper Changi Road pagi tadi.
Lelaki tersebut, yang menunggang basikal elektronik, sedang menyeberang di persimpangan lalu lintas berdekatan Bedok North Avenue 3 apabila kereta Toyota berwarna hitam melanggarnya.
Tidak jelas siapa yang bersalah pada masa kejadian.
Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa lelaki tersebut mengalami kecederaan teruk di kepala.
Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan pada 7.53 pagi dan menghantar ambulans ke tempat kejadian.
Lelaki itu dibawa ke Hospital Besar Changi, dengan hospital tersebut dimaklumkan untuk bersiap menerima ketibaannya.
Seorang pejalan kaki, Lawrence Acero, 35 tahun, berkata bahawa beliau terlihat tempat kejadian ketika sedang berbasikal dengan temannya pada 8.12 pagi.
“Basikal elektronik mangsa pecah dua dan cermin hadapan kereta pula hancur,” katanya.
Siasatan polis kini diteruskan.