DALAM tempoh 36 jam sejak diumumkan bahawa Menteri Pengangkutan Encik Lui Tuck Yew tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang, beliau menerima banyak e-mel daripada rakyat Singapura mengucapkan terima kasih atas khidmat beliau.
Kira-kira satu dalam lima penulis melahirkan rasa kesal kerana tidak membidas komen negatif dalam talian yang dilemparkan kepada Encik Lui.