Warga Indonesia di S'pura keluar mengundi di kedutaan
Apr 15, 2019 | 05:30 AM
RIBUAN rakyat Indonesia di Singapura telah keluar mengundi semalam bagi memilih presiden baru dan anggota parlimen, tiga hari sebelum pilihan raya berlangsung di tanah air mereka.
Mereka perlu memilih antara pemimpin sekarang, Encik Joko Widodo (Jokowi), yang akan mempertahankan jawatannya bagi penggal kedua, dengan bekas ketua tentera, Encik Prabowo Subianto.