Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Indonesia dipenjara 6 minggu cuba sogok pegawai ICA

Feb 23, 2019 | 05:30 AM



SEORANG lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara enam minggu semalam kerana cuba menyogok seorang pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).



Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), dalam satu kenyataan semalam berkata Marsari, 42 tahun, memasuki Singapura dari Batam di Singapore Cruise Centre pada 14 Februari.



Dia kemudian ditahan oleh pegawai ICA kerana disyaki menggunakan pasport yang telah diubah.



Selepas pemeriksaan lanjut, seorang pegawai ICA memberitahu Marsari bahawa dia disyaki telah melakukan kesalahan dengan memberikan pegawai imigresen pasport yang telah diubah.



Marsari menjawab dengan mengatakan dia mahu pulang ke kampungnya.



Dia kemudian menawarkan pegawai tersebut $170, untuk ICA melepaskannya.



Pegawai ICA menolak sogokan tersebut dan perkara itu dilaporkan kepada CPIB.



CPIB, dalam kenyataannya berkata Singapura mengamalkan pendekatan toleransi sifar lagi ketat terhadap rasuah.



"Ia adalah satu kesalahan serius untuk memberi rasuah, atau cuba menawarkan rasuah kepada individu atau entiti lain," ujar CPIB.



Mereka yang disabitkan dengan kesalahan rasuah boleh didenda sehingga $100,000 atau dipenjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.



Orang ramai boleh membuat aduan rasuah dan laporan kepada CPIB, contohnya, melalui e-mel report@cpib.gov.sg dan membuat e-aduan melalui www.cpib.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >