Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENGORBANAN GENERASI MERDEKA

Warga lega keprihatinan kos perubatan ditangani

Aug 22, 2018 | 05:30 AM



BELIAU membesar saat tahun-tahun mencabar sebelum Singapura mencapai kemerdekaan.



Malah, Encik Abdul Aziz Abdul Samad, 63 tahun, berada di darjah tiga semasa rusuhan kaum berlaku pada 1964.



"Saya nampak kesannya dan masih ingat lagi peristiwa itu. Saya nak pergi sekolah tetapi ditahan kerana orang kata bahaya.



"Hidup kami susah dulu. Dari menengah satu hingga empat, saya bawa bakul jual kuih yang dibuat mak saya sebelum pergi sekolah untuk tambah pendapatan keluarga," kata datuk dua cucu itu.



Kini, Encik Abdul Aziz sedang menikmati usia senjanya menyumbang semula kepada masyarakat sambil meluangkan masa bersama keluarga tercinta.



Namun seperti kebanyakan warga emas lain sebayanya, beliau juga prihatin tentang kos perubatan yang perlu ditanggungnya dengan usianya yang semakin meningkat.



Oleh itu, beliau lega apabila Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan Pakej Generasi Merdeka bagi warga Singapura yang dilahirkan pada 1950-an - yang diistilahkan sebagai Generasi Merdeka.



Mereka yang layak bakal menikmati subsidi bagi rawatan pesakit luar, tokokan Medisave, subsidi premium MediShield Hayat dan bayaran bagi penjagaan jangka panjang.



"Ini satu pengiktirafan bagi kami warga Generasi Merdeka... menunjukkan kami juga tidak diabaikan," ujarnya.



Bagi Encik Abdul Aziz, beliau merasakan bahawa tokokan Medisave itu amat bermanfaat baginya.



Ini kerana beliau berasa tokokan Medisave itu dapat mengurangkan jumlah wang yang perlu dikeluarkannya sendiri bagi kos perubatannya pada masa akan datang.



Sebagai penyelaras program di Pejabat Generasi Warga Emas (SGO), Encik Abdul Aziz juga sering turun padang melawat warga emas di rumah mereka untuk menerangkan kepada mereka tentang pelbagai skim dan daya usaha yang mereka boleh manfaatkan termasuk Pakej Generasi Perintis (PGP) dan pemeriksaan kesihatan.



Semasa bertemu dengan warga emas itu, beliau berkata antara maklum balas yang diterima daripada mereka yang dilahirkan selepas 1949 - dan tidak layak bagi PGP - termasuk mereka yang mengharapkan bantuan yang serupa kerana mereka juga mengalami masalah kesihatan kronik manakala ada juga yang sudah tidak bekerja lagi atau berpendapatan rendah.



"Ada juga yang berkata mereka tidak pernah jalani pemeriksaan kesihatan dan kalau sakit pun, mereka tak jumpa doktor... telan Panadol saja.



"Saya harap Pakej Bantuan Merdeka ini, yang juga beri subsidi bagi rawatan pesakit luar, dapat menggalak mereka untuk buat pemeriksaan kesihatan dan jumpa dengan doktor bila tak sihat," katanya.



Seorang lagi warga Generasi Merdeka, Cik Diana Ismail, 59 tahun, turut menyambut baik pakej tersebut.



Menurutnya, bantuan yang ditawarkan menerusi pakej tersebut pastinya dapat membantu golongan yang berada dalam kalangan usia yang sama dengannya, khususnya mereka yang tidak bekerja.



Cik Diana yang bekerja sebagai pekerja pentadbiran di sebuah prasekolah turut menghidap tekanan darah tinggi dan menjalani pemeriksaan di poliklinik setiap enam bulan.



"(Adanya pakej ini) sangat menggalakkan, sekurang-kurangnya kita boleh tidur nyenyak pada waktu malam.



"Kalau tak, tertekan juga nak fikirkan tentang bil perubatan!" kata nenek lima cucu itu.



Beliau berkongsi bahawa ramai teman dan kenalan yang juga merupakan golongan Generasi Merdeka sering berkongsi tentang masalah kesihatan sesama sendiri.



Sering, isu kewangan juga timbul dalam perbualan sedemikian.



"Pada usia saya ni, kita mesti betul-betul jaga kesihatan agar tak mudah jatuh sakit kerana kos perubatan memang tinggi di Singapura," katanya.



"Kita boleh gunakan Medisave tapi ada had jumlah dalam setahun, kalau dah melebihi jumlah tersebut, terpaksa gunakan duit sendiri. Bagi mereka yang tak kerja, memang susah," tambah beliau.



Justeru, tidak hairanlah pengumuman Pakej Generasi Merdeka merupakan berita baik bagi Cik Diana.



Katanya:



"Bagus, saya sokong sekali, ia merupakan langkah yang baik. Saya sangat gembira apabila mendengar tentang pakej ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >