Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Malaysia di Singapura bersiap sedia pulang ke tanah air untuk mengundi

May 06, 2018 | 04:54 PM



MESKIPUN hari mengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Malaysia jatuh pada hari Rabu (9 Mei), beberapa warga Malaysia yang bekerja di Singapura tetap akan pulang ke tanah air mereka kerana merasa ia tanggungjawab mereka untuk mengundi.



Misalnya, Encik Tee Yi Cong, 26 tahun, akan pulang ke Muar – sekitar tiga jam perjalanan dari Singapura – Selasa ini untuk mengundi pada keesokan harinya.



Ini merupakan kali pertama beliau akan mengundi kerana Encik Tee menyambut ulang tahunnya yang ke-21 selepas Pilihan Raya Umum Malaysia yang lalu pada 2013.



Akhbar The Sunday Times melaporkan bahawa Encik Tee, seorang jurutera, percaya ini merupakan pilihan raya yang penting dan beliau berharap Malaysia akan mempunyai masa depan yang lebih baik.



Oleh itu, beliau berkata ia adalah tanggungjawab rakyat untuk memilih parti politik yang mereka yakin boleh membantu mencapai masa depan lebih baik itu.



Bagi Cik Stephant Song, 42 tahun, yang merupakan pengurus operasi dalam industri makanan dan minuman (F&B) pula, beliau akan mengambil cuti sehari untuk pulang mengundi di Melaka.



Encik Tee dan Cik Song adalah antara lebih 400,000 warga Malaysia yang tinggal dan bekerja di Singapura.



Warga Malaysia yang tinggal di Singapura, selatan Thailand dan Kalimantan di Indonesia tidak dibenarkan mengundi menerusi pos.



Mereka harus pulang ke Malaysia untuk mengundi pada hari mengundi.



Sebelum ini, ketua pembangkang Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana memilih untuk menetapkan hari mengundi pada hari Rabu kerana ini akan menyebabkan warga Malaysia yang bekerja di Singapura sukar untuk mengundi.



Malaysia telah mengisytiharkan hari Rabu sebagai cuti umum tetapi mereka yang bekerja di luar negara tetap harus mengambil cuti jika mereka ingin pulang ke negara itu untuk mengundi.



Sementara beberapa syarikat di Singapura seperti Ikea dan firma perhubungan awam Gloo PR telah memberi cuti kepada pekerja Malaysia mereka untuk pulang mengundi, sesetengah syarikat di sini pula memerlukan pekerja mereka mengambil cuti sendiri.



Sebagai contoh, National Healthcare Group (NHG) berkata kelulusan cuti akan diberi bergantung pada keperluan operasi.



Firma keselamatan Aetos pula berkata mereka telah membenarkan kesemua 400 pekerja Malaysia syarikat itu untuk pulang mengundi dan telah membuat aturan perjadualan bagi mengurangkan kesan pada khidmat yang ditawarkannya.



Namun, sesetengah warga Malaysia di sini tidak dapat pulang.



Kapten bas, Encik Liew Chin Hong, 27 tahun, berkata beliau tidak dapat mengambil cuti kerana ramai rakan kerjanya yang juga merupakan warga Malaysia akan pulang ke tanah air mereka untuk mengundi.



Encik Liew memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari cuti kerana perjalanan pulang ke kampung halamannya di Kampung Kerling, Selangor, memakan masa satu hari.



Dalam pada itu, Jabatan Imigresen Malaysia berkata mereka akan mengerahkan 350 pegawai untuk bekerja semasa pilihan raya bagi memastikan semua kaunter dibuka di kedua-dua pusat pemeriksaan di Johor.



Bagaimanapun, kesesakan lalu lintas tetap boleh dijangkakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >