Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga marah ada yang rosakkan pameran dinosaur Changi Jurassic Mile

Oct 17, 2020 | 07:16 PM



Tindakan merosakkan pameran dinosaur di Changi Jurassic Mile telah menerima kritikan keras warga setempat.



Tidak sampai seminggu setelah dibuka pada 11 Oktober lalu, tarikan di laluan sepanjang 3.5 kilometer itu, yang menghubungkan Lapangan Terbang Changi dan Taman East Coast, video seorang wanita bergayut dan menghayunkan diri sambil menunggang salah sebuah pameran dinosaur di situ telah tular di media sosial.



Patung bayi dinosaur yang sedang menetas di dalam telur juga kehilangan lima batang giginya.



Lebih 20 patung dinosaur - daripada Tyrannosaurus Rex hinggalah spesis velociraptor - dipamerkan di laluan luar itu.



Jurucakap Changi Airport Group (CAG) yang menganjurkan pameran tersebut berkata pameran itu telah mengalami sedikit kerosakan dan akan dialihkan buat sementara waktu bagi kerja-kerja pembaikan. 





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >