Warga masih konservatif tapi kian terbuka terhadap isu gay: Kajian IPS
May 03, 2019 | 05:30 AM
MASYARAKAT Singapura secara umumnya kekal bersikap konservatif namun terdapat sebilangan yang meningkat kini berpandangan lebih liberal mengenai isu gay.
Satu tinjauan Institut Kajian Dasar (IPS) tentang persepsi dan sikap terhadap isu sosial dan moral mendapati terdapat penerimaan lebih tinggi tentang seks sejenis dan perkahwinan sejenis, serta pengambilan anak angkat oleh pasangan sejenis berbanding tinjauan yang sama lima tahun lalu.