Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga minoriti pertama SG raih biasiswa berprestij Cendekiawan Rhodes

Oct 30, 2021 | 05:30 AM



PENUNTUT Kolej Yale-Universiti Nasional Singapura (NUS), Encik Nur Hazeem Abdul Nasser, merupakan warga minoriti pertama Singapura yang berjaya meraih biasiswa berprestij Cendekiawan Rhodes.



Buat masa ini, mahasiswa itu sedang mengikuti pengajian Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi.



Pemuda Melayu berusia 23 tahun ini juga berharap dapat melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam dua lagi program Sarjana Dasar Awam di Universiti Oxford di United Kingdom menjelang Oktober tahun depan.



Sebagai penerima minoriti pertama Cendekiawan Rhodes, anak bongsu keluarga empat beradik ini menggaris matlamat untuk menggalak lebih banyak pemahaman dan komunikasi antara kumpulan etnik yang berbeza di sini.



"Saya amat menghargai dan terharu diberi peluang keemasan ini. Pencapaian ini adalah atas sokongan yang tidak pernah luntur daripada ibu bapa, keluarga dan teman-teman, yang semuanya banyak memberi galakan terhadap segala usaha saya.



"Saya berharap dengan pengalaman yang diraih di Oxford, saya akan dapat membantu memperkukuh pembangunan masyarakat di Singapura," ujarnya.



Presiden Kolej Yale-NUS, Profesor Tan Tai Yong, berkata: "Kami amat berbangga Hazeem diiktiraf atas kerjanya dalam masyarakat dan kami berharap ini akan menyuntik inspirasi kepada lebih ramai belia untuk terus berkhidmat kepada masyarakat secara aktif."



Sebelum mengikuti pengajian di Kolej Yale-NUS, Encik Hazeem merupakan pelajar di Sekolah Anglo-Chinese (Bebas) dan kemudian di Maktab Rendah Anglo Chinese. Beliau juga telah diiktiraf Anugerah Ketua Suruhanjaya Pengakap pada 2015 dan Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Pentadbiran Awam) pada 2017.



Encik Hazeem, yang kedua-dua ibu bapanya merupakan pesara, turut memaparkan ciri-ciri kepimpinan yang baik menerusi pelbagai penglibatan dalam aktiviti kolej dan masyarakat.



Beliau merupakan Presiden ketujuh Pemerintah Pelajar Kolej Yale-NUS dan amat gemar membincangkan isu-isu sosial di Singapura.



Meski sibuk dengan pelbagai aktiviti kokurikulum, Encik Hazeem masih sempat menubuhkan dua start-up tidak mengaup untung - ALittleChange pada 2016 dan The Signpost Project pada 2019 - yang memberi tumpuan dalam memperkasa keluarga berpendapatan rendah dan warga tua di Singapura.



Biasiswa Rhodes merupakan program biasiswa antarabangsa yang diperkenalkan di Universiti Oxford pada 1903 yang bertujuan mengenal pasti pemimpin muda kreatif dengan komitmen untuk berkhidmat kepada orang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >