Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Warga M'sia dijel 5 bulan dek terlibat ubah wang haram

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Warga M'sia dijel 5 bulan dek terlibat ubah wang haram

Feb 19, 2021 | 05:30 AM

LELAKI warga Malaysia Chim Man Kit dipenjara lima bulan atas kesalahan berkaitan pengubahan wang haram.

Chim, 27 tahun, didapati bersalah atas satu tuduhan memiliki wang yang disyaki hasil perbuatan jenayah itu.

Menurut kenyataan polis kepada akhbar ini semalam, kes tersebut memiliki kaitan dengan kes penipuan melibatkan penyamaran sebagai pegawai rasmi China.

Pada Mei 2019, Chim mengizinkan rakan di Malaysia mengakses akaun perbankan Internetnya dengan POSB. Keizinan itu diberi sebagai cara menyokong perniagaan permainan dalam talian secara kecil-kecilan.

Dia dibayar $500 sebulan kerana mengizinkan rakan itu menggunakan akaun tersebut. Secara keseluruhannya, dia menerima komisen sebanyak $1,000.

Pada 1 Ogos 2019 sekitar 4 petang, seorang mangsa berusia 41 tahun menerima panggilan daripada nombor "+65-6222-5325". Pemanggil mendakwa dirinya kakitangan SingPost lalu memberitahu mangsa bahawa kirimannya terkandas di Shanghai. Mangsa seterusnya memindahkan wang kepada lelaki yang tidak dikenali.

Lelaki tersebut memberitahu bahawa mangsa kini disiasat pihak berkuasa China kerana bungkusan tadi mengandungi dadah. Mangsa langsung berkongsi butir peribadi dan maklumat perbankan kepada lelaki itu apabila diarah.

Ketika aplikasi perbankan dihidupkan, pelbagai notifikasi tentang pemindahan wang timbul. Mangsa selanjutnya diarah mengesahkan semua pemindahan dan dijamin tiada duit sebenarnya dikeluarkan.

Akhirnya, wang sebanyak $215,800 dipindahkan daripada akaun mangsa ke akaun bank berlainan.

Siasatan menunjukkan bahawa jumlah $64,800 milik mangsa telah dipindahkan ke akaun milik Chim. Chim cuba mengeluarkan wang itu pada 2 Ogos 2019 atas arahan rakannya. Mujur polis sudah membekukan akaun itu.

Semasa proses penyiasatan berlangsung, Chim pun tidak mampu menjelaskan sebab wang tersebut dipindahkan ke akaunnya.

Atas kesalahan tersebut, Chim boleh dikenakan hukuman denda hingga $150,000, penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3