Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga M'sia ditangkap di bawah ISA; isteri - asatizah warga SG - dikena Arahan Sekatan

Pasangan dipengaruhi perjuangan ISIS
Feb 10, 2021 | 05:30 AM



SEORANG guru agama sambilan warga Singapura telah dikenakan Arahan Sekatan (RO) selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terpengaruh dengan ideologi radikal dan ingin membawa dua anaknya ke Syria untuk menyertai kumpulan militan ISIS.



Ruqayyah Ramli, 34 tahun, dikenakan RO pada Ogos 2020 selepas siasatan menunjukkan dia menjadi radikal kerana dipengaruhi suaminya.



Suaminya, Mohd Firdaus Kamal Intdzam, seorang warga Malaysia berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di sini, ditangkap pada Julai 2020 di bawah ISA kerana ingin menyertai kumpulan militan ISIS di Syria.



Dia telah diserahkan kepada pihak berkuasa di Malaysia pada Ogos 2020, kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam kenyataannya semalam.



Ruqayyah mula terpengaruh dengan ideologi Firdaus selepas mereka berkahwin pada Disember 2018.



Meskipun pada mulanya ragu-ragu, Ruqayyah mula percaya bahawa cara ISIS yang menggunakan keganasan semasa menentang pihak yang disifatkannya sebagai penindas Islam adalah benar.



Dia malah sanggup pergi ke zon konflik bersama suami dan dua anaknya supaya dapat terus menjaga keluarga dan membantu militan ISIS yang cedera. Namun ISD berkata tiada bukti Ruqayyah cuba menyebar ideologi ISIS kepada orang lain.



Pentauliahan mengajar di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah yang diperolehi Ruqayyah pada September 2017 juga telah digantung selepas ia mendapat tahu mengenai kes tersebut, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) semalam.



Siasatan ISD juga tidak menunjukkan bukti Firdaus mengatur rancangan untuk melakukan pengganasan di Singapura, kata ISD.



"Pas Kerjanya dibatalkan, dia dihantar balik ke Malaysia dan diserahkan kepada Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (MSB) pada Ogos 2020, selepas siasatan ISD lengkap," kata ISD.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >