Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga M'sia hadapi tuduhan bunuh

Dec 21, 2016 | 04:19 PM



SEORANG lelaki warga Malaysia, Ahmad Muin Yaacob hari ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh seorang penyelia pembersihan di Terminal Feri Tanah Merah di sini bulan lalu.



Tertuduh yang berusia 23 tahun itu didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabkan kematian rakan sekerjanya, Maimunah Awang, 54 tahun, di Terminal Feri Tanah Merah antara 9 pagi dan 1 tengah hari pada 24 November lalu.



Tertuduh ditahan oleh polis Malaysia pada 18 Disember lalu selepas waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Negeri.



Dia kemudian diserahkan kepada polis Singapura keesokan harinya.



Jenazah Maimunah ditemui di dalam longkang sedalam dua meter di terminal tersebut yang terletak di belakang janakuasa berhampiran kawasan rehat mangsa.



Barang kemas yang sering digunakan mangsa juga hilang.



Muin direman selama seminggu untuk membantu siasatan.



Kes itu akan disebut semula pada 28 Disember ini.



Jika disabitkan dengan kesalahan membunuh, Muin berdepan hukuman mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >