JIKA anda melungsuri pelbagai gambar yang dimuat naik di laman Instagram, pasti anda pernah ternampak gambar yang siap dengan hashtag #adulting atau kedewasaan di sampingnya.
Gambar demikian selalunya dipetik oleh golongan muda atau golongan milenial yang kebanyakannya baru sahaja melangkah ke alam pekerjaan selepas tamat zaman persekolahan.