Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga muda harus mula lakar SG75 dari sekarang: Chun Sing

May 29, 2023 | 06:45 PM



MEMBINA masa depan Singapura apabila ia mencecah 75 tahun (SG75) pada 2040 bukan tugas yang mudah, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.

Justeru, golongan muda masa kini harus mula mengambil tindakan bagi melakar hala tuju negara dalam tempoh sekitar dua dekad mendatang.

Encik Chan berkata demikian ketika berucap kepada 550 peserta mewakili 30 institusi prauniversiti di majlis pembukaan Seminar Pra-Universiti 2023, yang diadakan di Universiti Teknologi Nanyang, pada Isnin.

Beliau berkata: “Tiada apa yang mengatakan kita akan mencapai SG75 atau SG100 secara semula jadi. 

“Kita perlu beringat untuk kekal berikan tumpuan dan melihat dunia serta cabaran yang perlu kita atasi. Kita perlu beringat untuk ambil tindakan dan tanggungjawab untuk mengatasi cabaran yang dihadapi, bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi untuk negara anda. Kita perlu beringat untuk kekal berakar umbi di Singapura dan turut mendekati dunia dan kita akan baik-baik saja.”

Tema seminar itu ialah Ke Arah Masa Depan Yang Kita Kongsi: SG75


Ia bertujuan menggalak pelajar membayangkan potensi baru untuk Singapura dalam tempoh dua dekad mendatang apabila negara ini menyambut ulang tahun ke-75 pada 2040.

“Generasi anda akan menyambut SG75. Generasi anda akan menggalas tanggungjawab  dalam peranan kepimpinan untuk negara ini pada SG100. SG100 hanya lagi 42 tahun dan pada masa itu, anda akan berusia 60 tahun. Pada masa itu, anda akan menjadi pemimpin negara ini.

“Jika anda mempunyai visi yang belum dimulakan, fikirkannya hari ini dan anda akan dapat mencapainya. Saya yakin sekiranya anda semua bekerjasama, kita akan mencapai SG100,” tambah Encik Chan.

Seminar itu dianjurkan bersama Kementerian Pendidikan dan Maktab Rendah Jurong Pioneer. 

Selain menyertai bengkel dan dialog praseminar bersama pakar pada Mac hingga Mei, pelajar juga akan mengikuti perjalanan pembelajaran, perbincangan panel serta bertukar-tukar pandangan bersama kumpulan lain selama dua hari seterusnya.

Pada 1 Jun, sebuah pameran dan dialog akan diadakan bersama Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.

Antara pelajar yang mengambil bahagian dalam seminar itu ialah Cik Ika Syahidah Hidayah Atan, 22 tahun.

“Saya percaya adalah penting kami belia bekerjasama kerana kami adalah mangkin dalam masyarakat… Seminar ini memberi saya peluang untuk berkongsi idea dan mendengar pandangan dan perspektif orang lain supaya kami dapat membina sesuatu yang mampan untuk Singapura,” kata pelajar tahun ketiga jurusan diploma penggalak dan pengurusan kesihatan itu.

Pelajar tahun kedua Maktab Rendah Raffles, Encik Raiyan Syazani Shahrin, 18 tahun, pula tidak sabar mendengar pengalaman penjawat am semasa perbincangan panel untuk mempelajari cabaran masa kini.

Beliau menambah: “Visi saya untuk SG75 ialah generasi-generasi akan datang sedar akan usaha generasi-generasi sebelumnya. Kita tidak boleh mencapainya tanpa sebarang usaha. Kita harus berusaha gigih. Tiada apa yang dapat berlaku sehingga kita mengambil tindakan. Tindakan amatlah penting.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >