KORONAVIRUS
Warga, pemegang pas jangka panjang perlu bayar penuh bil rawatan virus jika ke luar negara
Tiada subsidi diberikan kepada sesiapa yang masih melancong hingga pertaruh kesihatan penduduk, rakyat Singapura
Mar 26, 2020 | 05:30 AM
PENDUDUK Singapura atau pemegang pas jangka panjang yang masih memilih ke luar negara walaupun terdapat nasihat perjalanan oleh pemerintah, akan perlu membayar bil hospital penuh sendiri jika dimasukkan ke hospital bagi rawatan berkaitan koronavirus.
Kira-kira 1,000 orang yang masih melancong setiap hari dianggap telah mempertaruhkan kesihatan penduduk dan rakyat Singapura apabila mereka pulang, kata Kementerian Kesihatan (MOH) kelmarin.