PAKEJ GENERASI PERINTIS
Warga perintis digalak dapatkan nasihat duta atau hadiri ceramah
Pemahaman secara terperinci penting agar tidak ketinggalan mendapat manfaat kelebihan pakej
Jul 02, 2015 | 05:30 AM
USAH biarkan diri dibelenggu kekeliruan tentang Pakej Generasi Perintis hanya kerana anda setakat mendengar kata-kata teman sembang kedai kopi anda.
Sebaiknya, dapatkan nasihat Duta Generasi Perintis atau hadiri ceramah awam yang disediakan bagi memahami butiran terperinci agar tidak ketinggalan memanfaatkan kelebihan pakej ini.