Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga perlu amal tabiat keselamatan siber dalam usaha perkukuh pertahanan digital

Feb 16, 2019 | 05:30 AM



WARGA Singapura boleh memainkan peranan dalam pertahanan digital negara dengan memastikan keselamatan dan bersikap berjaga-jaga serta bertanggungjawab di dalam talian.



Menteri Perhubungan dan Penerangan, Encik S. Iswaran, berkata demikian semasa bercakap mengenai pertahanan digital - teras keenam Pertahanan Mutlak yang dilancarkan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) serta Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam.



Encik Iswaran berkata warga boleh memastikan keselamatan dengan mengamalkan tabiat keselamatan siber yang baik untuk melindungi maklumat dan alat digital.



Ini termasuk menggunakan kata laluan yang kukuh dan Pengesahan Data Tahap Kedua (2FA).



Warga juga harus berjaga-jaga terhadap berita dan maklumat palsu selain bersikap bertanggungjawab semasa mempertimbang kesan tindakan mereka kepada masyarakat meluas semasa menerbitkan atau menyebar maklumat tertentu di dalam talian.



Menarik perhatian bahawa pertahanan digital ini memerlukan usaha seluruh negara, Encik Iswaran berkata:



"Dalam dunia Internet, kita semua sama - dengan hak akses yang sama dan tanggungjawab yang sama untuk melindungi ruang digital yang kita kongsi bersama.



"Dengan adanya satu pihak berkuasa pusat yang bertindak sebagai pengawal, ini tidak berdaya maju dan tidak sejajar dengan tujuan Internet sebagai penyamarata.



"Sebagai pengguna Internet, kita semua mempunyai kepentingan, mendapat manfaat dan merupakan penjaga ruang digital yang dikongsi bersama ini."



Sementara visi Singapura menjadi sebuah Negara Bijak mewujudkan pelbagai peluang menarik bagi syarikat, pekerja dan warga, Encik Iswaran berkata perkara ini juga menimbulkan pelbagai cabaran dan ancaman.



Misalnya, serangan siber boleh menjejas ekonomi dan kehidupan harian serta menyebabkan kecederaan dan kematian.



Kempen menyebarkan maklumat palsu di dalam talian pula boleh menimbulkan rasa saling tidak percaya antara masyarakat berlainan bangsa dan agama serta menjejas perpaduan sosial.



Selain pertahanan digital, Pertahanan Mutlak merangkumi lima tunggak lain - tentera, awam, ekonomi, sosial dan psikologi.



Acara memperingati Pertahanan Mutlak anjuran Mindef di Fort Canning Green semalam turut dihadiri Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Bin Osman; dan Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Sim Ann.



Satu upacara penyampaian senjata turut diadakan bagi lebih 220 rekrut daripada Institut Latihan Komando Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



Bercakap dengan media, Dr Maliki berkata upacara penyampaian senjata kepada rekrut serta ikrar yang mereka laungkan di Fort Canning itu amat bermakna kerana di situ jugalah Britain membuat keputusan untuk menyerahkan Singapura kepada Jepun pada 1942.



"Dalam kita memperingati 200 tahun Singapura (Bicentennial Singapura), adalah baik jika kita rakyat Singapura juga mengingatkan diri kita bahawa kita memerlukan tekad yang kuat untuk terus mempertahan Singapura dan kedaulatan negara ini," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >