Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KAJIAN MHA

Warga, PR amat yakin dengan sistem keadilan jenayah S'pura

Oct 20, 2022 | 05:30 AM



WARGA dan penduduk tetap (PR) Singapura mempunyai tahap keyakinan yang amat tinggi terhadap sistem keadilan jenayah Singapura.



Selain meninjau sikap penduduk Singapura terhadap hukuman mati, satu kajian yang dijalankan oleh Divisyen Penyelidikan dan Statistik (RSD) Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) tahun lalu turut meninjau tahap keyakinan responden terhadap sistem keadilan jenayah negara ini.



Kajian tersebut mendapati bahawa kebanyakan responden, atau 88.5 peratus daripada mereka, yakin bahawa tertuduh dalam kes yang melibatkan hukuman mati menjalani siasatan yang adil dan ketat.



Seramai 88.1 peratus responden juga yakin bahawa tertuduh dalam kes yang melibatkan hukuman mati mendapat perbicaraan yang adil dan ketat.



Kajian itu turut mendapati bahawa 85.3 peratus responden yakin terdapat langkah perlindungan yang mencukupi dalam sistem keadilan Singapura untuk memastikan tiada kesilapan berlaku dalam menjatuhkan hukuman mati.



Sementara itu, kurang 2 peratus responden berkata mereka tidak yakin sistem keadilan jenayah Singapura dapat memastikan siasatan serta perbicaraan yang adil dan ketat buat tertuduh dalam kes yang melibatkan hukuman mati.



Sekitar 1.9 peratus responden juga tidak yakin bahawa terdapat langkah perlindungan yang mencukupi untuk memastikan tiada kesilapan berlaku dalam menjatuhkan hukuman mati itu.



Menerusi satu kenyataan semalam, MHA berkata:



"Terdapat tahap keyakinan awam yang amat tinggi bahawa sistem keadilan jenayah Singapura memastikan siasatan dan perbicaraan yang adil serta ketat, selain mempunyai langkah perlindungan yang mencukupi dalam kes yang melibatkan hukuman mati."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >