Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga, PR lahir sebelum 1962 boleh daftar semula NRIC mulai tahun depan

Nov 23, 2017 | 06:40 PM



WARGA Singapura dan penduduk tetap (PR) yang lahir sebelum 1 Januari 1962 akan mempunyai pilihan untuk mendaftar semula bagi Kad Pengenalan Pendaftaran Negara (NRIC) dengan bayaran bersubsidi bermula tahun depan.

Ini akan membolehkan mereka mendapatkan kad pengenalan dengan gambar terbaru mereka.

Namun, langkah ini tidak wajib dan seseorang boleh memilih tidak mahu mendaftar semula.

Buat masa ini, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hanya memerlukan individu mendaftar bagi kad pengenalan pada usia 15 tahun dan kemudian mendaftar semula apabila mereka mencapai usia 30 tahun, dan sekali lagi pada usia 55 tahun.

Dalam kenyataannya, ICA berkata mereka yang lahir sebelum 1962 dan layak bagi pendaftaran semula tidak wajib itu akan menerima surat pemberitahuan dalam tempoh lima tahun akan datang mengikut giliran mereka.

Mereka akan mempunyai satu tahun selepas menerima surat untuk berbuat demikian.

Dalam tempoh satu tahun ini, mereka boleh mendaftar semula dengan bayaran bersubsidi $10 bagi warga Singapura dan $50 bagi penduduk tetap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >