Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga, PR S'pura dan pemegang pas divaksinasi di luar negara digalak muat naik sijil vaksinasi

ICA
Nov 08, 2021 | 05:30 AM



WARGA dan Penduduk Tetap (PR) Singapura serta pemegang pas jangka panjang yang sudah divaksinasi sepenuhnya di luar negara dan ingin pulang ke sini digalak memuat naik sijil vaksinasi mereka ke kad pengisytiharan kesihatan elektronik mereka sebelum tiba di sini.



Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) semalam berkata kad pengisytiharan itu sebahagian daripada kad elektronik 'Kad Ketibaan SG' dan tindakan memuat naik sijil itu membolehkan rekod vaksinasi Covid-19 mereka dikesan secara automatik di aplikasi TraceTogether dan HealthHub.



Ia juga akan membolehkan mereka menggunakan laluan imigresen automatik setiba d sini, agar dapat melepasi proses imigresen dengan lebih pantas.



"Ini akan mempercepat proses kelulusan di kaunter imigresen ketibaan kerana pegawai ICA tidak perlu memeriksa sijil vaksinasi mereka secara manual bagi pelawat berkenaan," kata penguasa itu.



Ia menambah bahawa mereka yang tidak memuat naik sijil vaksinasi digital asing mereka dalam kemudahan tersebut sebelum tiba di sini akan dikehendaki melalui pemeriksaan di kaunter imigresen yang dikendalikan pegawai secara manual.



ICA berkata mereka yang sudah divaksinasi bagi Covid-19 di Singapura tidak perlu memuat naik sijil vaksinasi itu ke kad pengisytihar kesihatan elektonik tersebut, kerana rekod vaksinasi mereka sudah diletak di dalam sistem imigresen ICA secara automatik.



"Mereka boleh menggunakan laluan automatik bagi melepasi imigresen setiba di sini," kata ICA.



Makluman ini dikeluarkan sedang bilangan orang yang melakukan perjalanan meningkat dan pandemik Covid-19 menawarkan peluang bagi ICA mempercepat rancangan tansformasi mereka untuk mengamalkan lebih banyak kemudahan automasi dalam proses pelepasan imigresennya.



ICA berkata menjelang esok, akan terdapat 12 negara atau rantau yang akan diletak di bawah skim Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi, atau VTL.



Kelulusan imigresen manual menerusi setem yang diletak di pasport tidak akan dilakukan lagi sejajar pelancaran Pas Lawatan elektronik (e-Pass) bagi pelawat asing, kata ICA.



E-Pass itu akan dihulurkan menerusi notifikasi e-mel kepada alamat e-mel pelawat yang sudah mendapatkan kelulusan untuk berkunjung ke Singapura. Ia mengandungi butiran pas lawatan yang sudah mendapat kelulusan itu, termasuk tempoh maksimum penetapan mereka di sini dan hari terakhir mereka diizinkan menetap di Singapura.



Pas elektronik itu telah diguna pakai di Lapangan Terbang Changi sejak 10 Oktober dan akan beroperasi sepenuhnya di semua pusat pemeriksaan di Singapura menjelang bulan depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >