Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga rebah di Vietnam: Selamat dipindah ke SGH

Apr 11, 2018 | 05:30 AM



WARGA Singapura yang terlantar di unit jagaan rapi (ICU) Hospital Cho Ray di Ho Chi Minh City, Vietnam, sejak 2 April, selamat dibawa pulang ke Singapura semalam untuk mendapatkan rawatan lanjut.



Jet swasta yang membawa Encik Mohd Anand Ibrahim, 54 tahun, tiba di Lapangan Terbang Seletar sekitar 4 petang bersama pasukan perubatan dan dua anaknya - Encik Muhammad Fadzrin Mohd Anand, 24 tahun, dan Encik Muhammad Fadzlan Mohd Anand, 20 tahun.



Kededua anaknya itu telah menemani Encik Anand di Vietnam sejak beliau dikejarkan ke hospital minggu lalu akibat pendarahan otak.



Setibanya di Singapura, Encik Anand langsung dibawa ambulans ke Hospital Besar Singapura (SGH) di mana beliau menjalani rawatan lanjut.



Pagi 2 April lalu, Encik Anand, yang sepatutnya meninggalkan hotel untuk ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang ke Singapura, mengadu kepalanya rasa amat sakit dan berat lalu rebah dalam bilik hotel dan dikejarkan ke Hospital Cho Ray.



Semasa dihubungi Berita Harian (BH) semalam, anak sulungnya Encik Muhammad Fadzli Mohd Anand, 26 tahun, berkata mereka berjaya mengumpulkan jumlah wang yang diperlukan untuk membawa pulang bapanya dengan menaiki ambulans udara melalui sumbangan teman, keluarga rapat serta daripada laman-laman pengumpulan derma orang ramai Give.Asia dan Ray of Hope Initiative (ROHI).



Secara keseluruhan, bil hospital bapanya di Vietnam serta kos ambulans udara mencecah $35,000.



Encik Fadzli juga berkata bapanya tidak dilindungi insurans pelancongan.



Sekitar $20,000 berjaya dikumpulkan melalui Facebook dan laman-laman, manakala $15,000 lagi disumbang keluarga dan teman-teman rapat.



"Kami sekeluarga bersepakat mahu membawa pulang bapa saya untuk menjalani rawatan lanjut di Singapura kerana di sini lebih mudah bagi kami memantau keadaan dan menjaganya," ujar Encik Fadzli, seorang pemandu penghantaran.



Walaupun bapanya kini sedar dan keadaannya bertambah baik, beliau tetap perlu menjalani pembedahan secepat mungkin dan Encik Fadzli menjangka lebih banyak perbelanjaan diperlukan bagi rawatan lanjut bagi bapanya kelak.



Namun, keluarga beliau tetap gembira Encik Anand kini sudah pun berada di ICU SGH.



"Kami sekeluarga berasa amat lega dan bersyukur menerima berita ayah kini sedang beransur pulih dan sudah pun pulang ke tanah air dan berada di samping keluarga.



"Kami ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu keluarga kami menghadapi masa-masa mencabar ini," kata Encik Fadzli.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >