Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S’pura mengaku salah merisik untuk China di AS

Jul 25, 2020 | 02:35 PM



Seorang lelaki warga Singapura mengaku bersalah pada Jumaat (24 Julai) kerana bertindak di bawah arahan pegawai perisik China untuk mendapatkan maklumat sensitif dari rakyat Amerika, kata Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat. 



Yeo Jun Wei, juga dikenali sebagai Dickson Yeo, mengaku bersalah di sebuah mahkamah federal di Washington DC atas satu tuduhan bertindak di Amerika sebagai ejen asing haram. 



Dokumen mahkamah berkata bahawa dia menggunakan konsultasi politiknya di Amerika sebagai muslihat bagi mengumpul maklumat untuk perisikan China, yang menyasarkan pegawai tentera dan pemerintah negara itu yang memiliki kebenaran keselamatan di laman media sosial rangkaian profesional.



Yeo akan membayar mereka untuk menulis laporan, yang menurutnya bertujuan untuk pelanggan di Asia, tetapi sebenarnya dihantar kepada pemerintah China tanpa pengetahuan mereka.



Pada 2015, Yeo mendaftar sebagai pelajar ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew dan telah meneliti rangka kerja layanan China terhadap negeri-negeri di sepanjang inisiatif ‘Belt and Road’, menurut laman web sekolah itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >