Warga S’pura perlu pilih siapa yang boleh berkhidmat lebih baik, kata Heng Swee Keat, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Warga S’pura perlu pilih siapa yang boleh berkhidmat lebih baik, kata Heng Swee Keat

Jan 20, 2019 | 02:00 PM

Menteri Kewangan Encik Heng Swee Keat berkata warga Singapura perlu memilih siapa yang boleh berkhidmat lebih baik bagi mereka, memberi respons kepada perbuatan bekas Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP) Dr Tan Cheng Bock yang menyertai semula politik.

Menurut Encik Heng, tindakan Dr Tan untuk menubuhkan parti politik baru ialah ‘perkembangan yang bukan tidak dijangka sepenuhnya’, semasa bercakap kepada wartawan selepas menghadiri acara akar umbi di Tampines pada Ahad (20 Januari).

“Warga Singapura perlu memutuskan siapa yang boleh berkhidmat dengan lebih baik… dan saya akan meninggalkan keputusan itu kepada warga Singapura,” kata beliau.

Encik Heng, yang baru-baru ini dilantik sebagai penolong setiausaha agung pertama PAP, ialah pemimpin PAP pertama yang mengulas tentang perkembangan berhubung Dr Tan itu.

Pilihan raya umum selanjutnya perlu diadakan sehingga April 2021.

Discover Malay Home Based Businesses

Dr Tan, 78 tahun, pada Jumaat (18 Jan), berata beliau memohon untuk mendaftar Parti Kemajuan Singapura (PSP) yang dibentuk 11 ‘warga Singapura yang bersependapat’, sebahagiannya yang juga bekas anggota PAP.

Dr Tan, yang berkhidmat sebagai AP selama enam penggal, bersara dari politik pada 2006. Beliau tewas tipis kepada Dr Tony Tan Keng Yam dalam pilihan raya presiden 2011.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map