Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S’pura pertama yang didakwa biaya pengganasan didapati bersalah

Jan 14, 2020 | 12:27 PM



WARGA Singapura pertama yang didakwa membiayai aktiviti pengganasan didapati bersalah hari ini (Selasa, 14 Jan). 



Semalam, Imran Kassim, karyawan logistik berusia 36 tahun, mengaku memberikan wang untuk menyokong ISIS. 



Namun, Imran, yang mewakili dirinya sendiri, berkata dia tidak melanggar undang-undang Singapura kerana tidak mengiktiraf undang-undang negara dan hanya mengiktiraf undang-undang Syariah.



Ulama Islam arus utama menekankan orang Islam wajib mematuhi undang-undang tempat mereka tinggal, dan ISIS serta keganasannya menyeleweng daripada ajaran Islam.



Imran ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak Ogos 2017. Perintah penahanan dikeluarkan ke atasnya kerana dia berhasrat menyertai dalam keganasan bersenjata di luar negara. Imran, pada April tahun lalu, menjadi warga Singapura pertama di sini yang didakwa melakukan pembiayaan pengganasan. 



Dia telah memindahkan $450 melalui syarikat Western Union kepada Mohamad Alsaied Alhmidan di Turkey untuk membantu menyiarkan propaganda ISIS. 



Di bawah Akta Pengganasan (Menghentikan Pembiayaan) yang diperkenalkan pada 2002 untuk menghalang pembiayaan pengganasan di Singapura, Imran menghadapi hukuman penjara tidak lebih dari 10 tahun atau saman tidak lebih dari $500,000 atau kededuanya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >