Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga senja didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram

Aug 05, 2022 | 04:21 PM



SEORANG lelaki warga senja,  Lai Chee Keong, 71 tahun, telah didakwa di mahkamah hari ini kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram.



Satu kenyataan polis hari ini (5 Ogos) menyatakan, pihaknya menerima laporan daripada seorang mangsa penipuan "Cinta Internet" pada 18 September 2020, yang mendakwa dia ditipu mengalihkan $4,950 ke satu akaun bank selepas bertemu dengan seseorang secara dalam talian.



Siasatan menunjukkan bahawa mangsa telah berkawan dengan seseorang yang tidak dikenali menerusi wadah media sosial.



Dalam tempoh sebulan mengenalinya, si mangsa telah dijanjikan penghantaran barang mengandungi wang dan barang kemas.



Selain itu, beliau menerima juga mesej yang didakwa daripada sebuah syarikat penghantaran bahawa barang itu telah tiba di kastam, namun beliau perlu membayar $4,950 agar barangannya itu tidak disiasat bagi pengubahan wang haram.



Mangsa lakukan apa yang disuruh dan mengalihkan $4,950 ke akaun bank yang diberikan, yang merupakan akaun bank seorang lelaki berusia 71 tahun.



Sebanyak tujuh akaun bank didakwa telah terlibat dalam kesalahan tersebut dengan lima daripadanya milik Lai Chee Keong.



Satu daripada baki dua akaun bank itu milik isterinya dan satu lagi milik seorang rakannnya. Siasatan polis menunjukkan bahawa terdapat sebanyak $222,193.25 dialihkan para mangsa penipuan Cinta Internet ke akaun-akaun bank tersebut.



Pihak polis mengambil pandangan serius terhadap kesalahan sedemikian dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap sesiapa yang terlibat dalam membenarkan akaun bank mereka digunakan bagi tujuan haram seperti pengubahan wang haram hasil jenayah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >