Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga SG 12-39 tahun boleh tempah slot vaksinasi

Jun 11, 2021 | 05:30 AM



WARGA Singapura berusia 12 tahun hingga 39 tahun boleh menempah temu janji vaksinasi mereka mulai hari ini, sedang Singapura terus memperluas program vaksinasi nasionalnya.



Mereka yang telah pulih dari jangkitan Covid-19 juga patut menerima satu dos vaksin kerana terdapat bukti yang menyatakan bahawa satu dos boleh mempertingkat lagi keimunan mereka terhadap Covid-19, kata Kementerian Kesihatan (MOH).



Warga Singapura dalam lingkungan usia 12 tahun hingga 39 tahun akan diberi keutamaan selama dua minggu untuk menempah temu janji mereka, kata Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung semalam di satu sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian bagi Covid-19 (MTF).



Kumpulan besar ini terdiri daripada sekitar 1.5 juta orang yang belum lagi divaksin, katanya.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengumumkan dalam ucapan nasionalnya pada 31 Mei bahawa vaksinasi bagi mereka berusia 39 tahun dan ke bawah akan bermula pertengahan Jun, dan program vaksinasi nasional akan dibuka kepada penduduk lain yang layak setelah tempoh keutamaan dua minggu.



Encik Ong berkata program vaksinasi Singapura sedang berjalan dengan baik, dengan lebih 4.4 juta dos diberikan sehingga kelmarin.



Lebih 2.5 juta orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.



Ini bermakna sekitar 44 peratus penduduk negara ini telah menerima sekurang-kurangnya suntikan pertama mereka, kata beliau.



Hampir tiga suku warga emas berusia lebih 60 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau telah menempah temu janji untuk vaksinasi, kata Encik Ong.



Perangkaan bagi kumpulan usia 45 tahun hingga 59 tahun juga 74 peratus.



Bagi kumpulan berusia 40 tahun hingga 44 tahun, yang mula vaksinasi pada 19 Mei, perangkaannya adalah 65 peratus.



Bagi pelajar, sekitar 85 peratus daripada mereka telah sama ada menerima dos pertama mereka atau telah menempah temujanji, tambahnya.



"Kita kini sedang memberi vaksin sekitar 49,000 dos secara harian, dan kita mempunyai kemampuan untuk mengekalkan kecepatan dalam pelancaran vaksin kita, asalkan bekalan kita stabil dan terus tiba," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >