Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga SG antara 12 dipindah dari ibu kota Ukraine oleh Kementerian Luar Negara M’sia

Feb 27, 2022 | 06:00 PM



SEORANG warga Singapura adalah antara sekumpulan 12 orang yang telah dipindahkan dari ibu kota Ukraine, Kyiv, berikutan pencerobohan Russia ke atas negara itu.

Kumpulan itu, yang turut terdiri daripada sembilan rakyat Malaysia dan dua tanggungan Ukraine, tiba di sempadan Korczowa-Krakovets antara Ukraine dengan Poland pada 5.45 pagi Ahad (27 Feb), kata Kementerian Luar Negara Malaysia dalam satu kiriman Facebook.

Mereka diketuai  Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Kyiv, Cik Fadhilah Daud.





“Konvoi itu telah disambut oleh dua pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Poland,” kata kementerian itu yang juga dikenali sebagai Wisma Putra.

Ia menambah, kesemua mereka yang dipindahkan dan pegawai pengiring akan meneruskan perjalanan ke Warsaw, ibu kota Poland.

“Wisma Putra sentiasa berhubung rapat dengan pegawai kedutaan bagi memastikan keselamatan serta keberadaan kesemua rakyat Malaysia yang dipindahkan dan juga konvoi yang turut serta,” katanya.





Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur dan Konsulat Jeneral di Johor Bahru dalam satu kiriman Facebook pada Ahad  berkata mereka “berterima kasih” kepada Kementerian Luar Negeri Malaysia kerana membantu warga Singapura itu berpindah dari Kyiv dalam keadaan sukar.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >