Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga SG boleh manfaat Baucar Teroka Semula S'pura $100 mulai 1 Dis

Nov 23, 2020 | 06:20 PM



BAUCAR Teroka Semula Singapura bernilai $100 boleh digunakan untuk penginapan hotel, tiket tempat tarikan dan lawatan setempat yang layak, mulai 1 Disember.



Warga Singapura berusia 18 tahun ke atas boleh memanfaatkan baucar itu se

hingga 30 Jun menerusi lima wadah tempahan dalam talian.



Mereka adalah Changi Travel Services, GlobalTix, Traveloka, Trip.com dan Klook, dengan kerjasama UOB Travel Planners, menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dalam memberikan perincian lebih lanjut mengenai skim itu pada Isnin (23 November).



Produk yang layak akan ditandakan dengan ikon Baucar Teroka Semula Singapura.

STB menjelaskan bahawa rakyat Singapura boleh menggunakan akaun SingPass untuk menebus baucar itu dalam talian serta memeriksa baki akaun baucar mereka.



Mereka yang tidak ada akaun SingPass digalak supaya mendaftar untuk akaun mereka manakala mereka yang lupa kata kunci mereka, digesa mengeset semula kata kunci sebelum penebusan baucar bermula nanti.



Mereka yang sukar menggunakan baucar digital itu boleh ke mana-mana 69 kaunter fizikal yang ditubuhkan di merata negara, bagi mendapatkan bantuan.



Bercakap dalam satu taklimat media secara maya pada Isnin, Ketua Eksekutif STB, Encik Keith Tan, berkata ini adalah skim baucar hanya digital nasional yang pertama diperkenalkan oleh pemerintah.



Ia merupakan satu tugas yang besar untuk STB, dengan melibatkan ratusan peniaga, lima rakan tempahan dan puluhan lokasi fizikal di serata Singapura, kata Encik Tan.



“Kami tahu bahawa penggunaan tempatan tidak akan mengimbangi sepenuhnya perbelanjaan pelancongan.



“Tetapi kami berharap bagi tujuh bulan mendatang, warga akan menggunakan baucar ini untuk meneroka semula Singapura, meneroka apa yang ditawarkan oleh hotel-hotel kita, tarikan dan lawat dan dalam proses itu, menyokong pekerjaan dan keupayaan kita dalam industri pelancongan,” ujar beliau dalam ucapannya.



Kata Encik Tan, proses memperkenalkan dan menebus baucar itu dipandu oleh tiga prinsip utama iaitu mudah digunakan; selamat digunakan dan harus inklusif dan mudah diakses.



“Bagi memudahkan baucar ditebus, lima rakan tempahan rasmi yang dikenali telah di

lantik bagi menawarkan pengalaman pelancongan yang luas menerusi laman web mereka,” terang beliau.



Menurut Encik Tan, baucar itu bertujuan untuk membantu industri pelancongan. Justeru, beliau gembira melihat industri memberi sambutan baik dengan lebih 200 peniaga telah menyertai untuk menawarkan produk, sejak inisiatif itu diumumkan pada Ogos.



Ini juga menghasilkan banyak kerjasama rentas sektor, dengan produk yang segar dan menarik untuk rakyat Singapura, tambah Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >