Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga SG dari pelbagai etnik, lapisan usia miliki kelayakan pendidikan lebih tinggi

Jun 17, 2021 | 05:30 AM



PENDUDUK di Singapura merentasi usia dan kumpulan etnik yang berbeza telah meraih kelayakan pendidikan lebih tinggi sepanjang sedekad lalu, menurut satu Banci Penduduk 2020 yang dikeluarkan Jabatan Statistik Singapura (DOS) semalam.



Bagi penduduk berusia 25 tahun ke atas, enam daripada 10 mempunyai pendidikan posmenengah, kelayakan profesional atau universiti - naik daripada kurang lima daripada 10 pada sedekad lalu (2010).



Kenaikan terbesar adalah dalam bilangan siswazah universiti yang melonjak 9 peratusan mata daripada 23.7 peratus pada 2010 kepada 33 peratus pada 2020.



Bilangan penduduk yang mempunyai kelayakan menengah atau di bawah menengah, juga merosot bagi kesemua tiga kumpulan etnik.



Masyarakat Melayu yang mempunyai pendidikan di bawah menengah, merosot daripada 41.4 peratus pada 2010 kepada 28.9 peratus pada 2020.



Hal yang serupa juga dapat dilihat dalam masyarakat Cina yang merosot kepada 26.2 peratus pada 2020 berbanding 35.8 peratus pada 2010.



Terdapat pengurangan juga bagi masyarakat India yang merosot kepada 18.3 peratus daripada 23.8 peratus.



Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, berkata program seperti Peningkatan Pelajar dalam Kehidupan dan Memberi Inspirasi kepada Keluarga (Uplift) yang diperkenalkannya semasa memegang portfolio di Kementerian Pendidikan (MOE) sebelum ini, juga banyak membantu.



"Uplift yang kini diterajui Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohamad Maliki Osman meninjau aspek pendidikan dan menangani isu ponteng sekolah.



"Ini merupakan antara usaha yang telah kami jalankan tetapi ia sesuatu usaha yang berterusan. Kami akan terus meninjau apa lagi yang boleh dilakukan," ujarnya.



Sementara itu, kesemua kumpulan usia menyaksikan kenaikan dalam bilangan penduduk dengan sekurang-kurangnya kelayakan posmenengah.



Pada 2020, bilangannya ialah sembilan daripada 10 dalam kalangan mereka yang berusia 25 hingga 34 tahun dan lebih dari lapan daripada 10 bagi mereka yang berusia antara 35 dengan 44 tahun.



Tetapi sepanjang dekad ini, mereka yang berusia antara 45 dengan 54 tahun yang menyaksikan kemajuan ketara dalam profil pendidikan mereka.



Pada 2010, bilangan terbesar dalam kumpulan ini - 37.4 peratus - adalah mereka dengan kelayakan di bawah peringkat menengah.



Pada 2020, ini telah berubah kepada siswazah universiti iaitu 35.5 peratus.



Sepanjang tahun, penduduk wanita telah mengurangkan jurang dengan penduduk lelaki.



Dalam kalangan wanita berusia 55 tahun ke atas pada 2020, 22.8 peratus mempunyai kelayakan posmenengah atau kelayakan lebih tinggi berbanding dengan 34 peratus bagi kaum lelaki.



Bagi mereka yang berusia 35 dengan 44 tahun, perangkaannya ialah 81.8 peratus bagi wanita dan 84.2 peratus bagi lelaki.



Bilangan wanita lebih muda berusia 25 hingga 34 tahun adalah 90.2 peratus, lebih tinggi sedikit daripada kaum lelaki iaitu sekitar 90 peratus.



Menurut DOS, bagaimanapun dalam kumpulan usia ini, ada lelaki yang mungkin mahu meneruskan pendidikan lebih tinggi selepas menamatkan perkhidmatan negara.



Dalam pada itu, dapatan banci ini turut menunjukkan bahawa bidang pengajian perniagaan dan pentadbiran terus menjadi bidang yang sering dipilih warga di universiti.



Ia menarik 31.2 peratus dalam kalangan siswazah lelaki dan 39 peratus bagi wanita pada tahun 2020.



Bagi kaum lelaki, kumpulan terbesar selanjutnya ialah mereka yang membuat pengkhususan dalam sains kejuruteraan iaitu pada 27.2 peratus manakala kumpulan bagi wanita iaitu sekitar 14.9 peratus memilih bidang kemanusiaan dan sains sosial.






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >