Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga SG dinasihati tangguh perjalanan tidak penting ke Sri Lanka: MFA

May 13, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Ehwal Luar (MFA) menasihatkan warga Singapura supaya menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting ke Sri Lanka memandangkan pergolakan di negara itu sekarang.



Warga Singapura yang berada di Sri Lanka pula dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan mereka.



"Mereka harus mengelakkan tempat-tempat awam yang mempunyai rusuhan dan perhimpunan orang yang ramai. Mereka juga harus memantau berita dan mematuhi arahan penguasa tempatan," kata MFA dalam nasihat perjalanannya.



Warga Singapura yang dalam perjalanan ke Sri Lanka atau sedang melakukan perjalanan di sana juga amat dinasihatkan supaya membeli insurans pelancongan yang menyeluruh, serta memahami syarat dan perlindungannya.



Mereka juga digalakkan untuk e-daftar dengan MFA di https://eregister.mfa.gov.sg/ jika mereka belum berbuat demikian.



Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Singapura di Kolombo atau Pejabat Tugas MFA (24 jam).




Konsulat Jeneral Singapura

Alamat: No 73, Sir James Peiris Mawatha Colombo 02, Sri Lanka

Nombor telefon: +94-11-5577300, +94-11-2304444, +94-11-5577111

E-mel: nawaloka@slt.lk



Pejabat Tugas MFA (24 jam)

Alamat: Tanglin, Singapore 248163

Nombor telefon: +65 6379-8800 / 8855

E-mel: mfa_duty_officer@mfa.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >