Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga SG dinasihatkan tangguh perjalanan ke Myanmar

Mar 05, 2021 | 05:30 AM



RAKYAT Singapura dinasihatkan agar menangguhkan semua perjalanan ke Myanmar berikutan keadaan yang berlaku di negara itu sekarang, demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura dalam satu kenyataan semalam.



Jurucakap MFA yang memberi respons kepada pertanyaaan media mengenai keadaan itu menambah bahawa rakyat Singapura yang ketika ini berada di Myanmar juga harus mempertimbang meninggalkan negara itu secepat mungkin menerusi pengangkutan komersial selagi keadaan membenarkan.



"Memandangkan pertembungan antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan Myanmar kian meruncing dan jumlah korban awam di Myanmar yang meningkat, warga Singapura sangat disarankan agar menangguhkan semua perjalanan ke Myanmar pada masa ini.



"Rakyat Singapura yang kini berada di Myanmar juga harus mempertimbang meninggalkan negara itu secepat mungkin dengan cara komersial sementara masih mungkin melakukannya," kata kementerian itu.



Warga Singapura yang memilih tinggal di Myanmar digesa agar berada di dalam rumah dan mengelakkan perjalanan yang tidak perlu, khususnya ke kawasan tunjuk perasaan sedang berlaku.



Mereka diingatkan agar tetap waspada dan memantau berita setempat dan mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri.



Daftar segera di https://eregister. mfa.gov.sg.



Ini akan membolehkan pihak kementerian dan Kedutaan Besar di Yangon terus berhubungan dengan mereka dan memberikan bantuan konsular yang diperlukan sekiranya berlaku kecemasan.



Mereka yang memerlukan bantuan konsular ketika berada di Myanmar boleh menghubungi Pegawai Bertugas MFA 24 jam di:



Kedutaan Besar Republik Singapura di Yangon terletak di 238 Dhamazedi Road, Bahawnship, Yangon, Republik Kesatuan Myanmar.



Telefon: + 95-1-9-559-001



Nombor Kecemasan (lepas waktu pejabat): + 95-9-250-863-840



Pejabat MFA (24 jam)



Telefon: 6379-8800, 6379-8855



Faksimili: 6476 7302



LAPORN LANJUT: Junta tentera Myanmar sedia disekat, dipinggir




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >