Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WAWANCARA PASCA RAPAT HARI KEBANGSAAN BERSAMA CHAN CHUN SING

Warga SG harus tawar keunikan di pasaran global

Perlu tarik bakat unik untuk sertai pasukan Singapura agar mereka tidak bersaing dengan SG: Chun Sing
Sep 01, 2022 | 05:30 AM



UNTUK kekal berdaya saing dalam pasaran pekerjaan global, warga Singapura harus punya keunikan yang boleh ditawarkan di pasaran sejagat.



Antaranya ialah sifat keberanian, menunjukkan semangat ingin tahu serta mempunyai inisiatif dan keupayaan bekerja dengan baik seiring rakan sejawatan dari luar negara.



Demikian ditekankan oleh Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, semasa sesi wawancara bersama akhbar The Straits Times (ST) dalam program 'The Big Story' yang disiarkan petang semalam.



Dalam sesi tersebut beliau telah menjawab soalan tentang bagaimana Singapura boleh bersaing dengan bakat asing.



Ini menyusuli pengumuman baru-baru ini mengenai peningkatan skim Pas Pekerjaan (EP) dengan peruntukan Pas Rangkaian dan Kepakaran Luar Negara untuk menarik bakat asing ke Singapura.



Encik Chan berkata beliau juga akur pengumuman berhubung rangka kerja EP itu telah menimbulkan keprihatinan dalam kalangan rakyat Singapura, yang bimbang peluang pekerjaan mereka akan terjejas disebabkan persaingan antara pekerja tempatan dengan bakat asing.



Beliau menegaskan pemerintah bukan hanya berusaha untuk mendapatkan pekerja asing, bahkan kini berusaha sedaya upaya untuk memastikan setiap rakyat Singapura punya peluang mencapai potensi mereka.



"Kita tidak seharusnya memandang rendah terhadap persaingan kita dan dan harus berusaha membangunkan bakat tempatan seberapa banyak yang boleh, dan pada masa yang sama, mendapatkan bakat asing terbaik terutama dalam bidang di mana negara ini tiada atau kekurangan kemahiran untuk melengkapi dan merapatkan jurang kemahiran bagi rakyat Singapura," jelasnya.



Menurut Encik Chan, sebagai negara kecil, Singapura punya sumber terhad dan amat kecil berbanding kumpulan bakat sejagat serta negara besar seperti Amerika Syarikat yang mempunyai ratusan juta rakyat untuk mendapatkan bakat mereka.



"Singapura harus sedar masih ada beberapa orang di seluruh dunia yang punya bakat unik yang mungkin tidak dimiliki Singapura dan jika boleh, kita harus menarik mereka untuk sertai pasukan Singapura bagi melengkapkan kekurangan bakat di Singapura kerana jika kita tidak melakukan sedemikian, mereka akan bersaing menentang Singapura dengan beberapa pasukan lain dan bukannya bersama kami," ujarnya.



Encik Chan juga berkongsi mengenai strategi meletakkan Singapura dalam kedudukan lebih baik sebagai hab perniagaan sejagat dengan prasarana dan tenaga kerja bertaraf dunia.



"Pihak Kementerian Pendidikan (MOE), Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) akan berusaha memperkukuh daya saing warga Singapura dengan melatih pelajar bukan sahaja pada 15 tahun pertama dalam kehidupan mereka, bahkan membantu mereka terus berkembang buat 50 tahun lagi di luar sistem persekolahan," tambah beliau.



Encik Chan juga memberikan jaminan bahawa pihak pemerintah sedang berusaha gigih mengumpulkan sumber sebanyak yang boleh untuk memberi semua rakyat permulaan dan asas yang baik melalui sistem persekolahan untuk memupuk semangat belajar sepanjang hayat bagi semua warga Singapura.



"Kita perlu memastikan bahawa Singapura mempunyai sistem yang membolehkan warga terus belajar dengan mereka bentuk sistem di mana warga Singapura benar-benar mempunyai "sekolah dalam poket mereka", iaitu mereka boleh belajar sesuatu pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja supaya dapat terus bersaing," ujar beliau.



Encik Chan menambah bahawa penanda aras kejayaan Singapura bukan sekadar berapa banyak pekerjaan baik yang dicipta di Singapura, bahkan di luar negara.



"Apa yang penting ialah semua syarikat di Singapura berkhidmat di pasaran global dan untuk membolehkan warga Singapura bangkit dan bersaing untuk pekerjaan yang paling tinggi, mereka mesti mampu bersaing dalam pasaran sejagat dengan pengalaman untuk memimpin pasukan global di pasaran sejagat.



"MOE juga mempunyai matlamat di mana 70 peratus daripada pelajar institut pengajian tinggi (IHL) akan diberi peluang didedahkan dengan pasaran luar negara dan benar-benar memahami pasaran global supaya mereka mempunyai kelebihan daripada kecekapan teknikal yang mereka ada agar berdaya saing pada masa akan datang," ujar beliau.




KELONGGARAN PAKAI PELITUP DI SEKOLAH



"Maklum balas daripada ramai ibu bapa dan pendidik adalah bahawa pemakaian pelitup, pengasingan pelajar bagi tempoh yang lama... tentunya mempunyai kesan pada ikatan emosi sosial mereka.



Jadi kita dapat lihat dengan usaha melonggar langkah sekatan secara bertahap, dan yang terkini yang tidak mewajibkan pelitup dalam sekitaran tertutup, pelajar kita kini dapat berhubung semula, memanfaatkan masa ini terbaik mungkin untuk membina semula ikatan ini, menyertai kem dan kegiatan riadah di luar serta melihat air muka dan gerak-geri orang yang berinteraksi dengan mereka."



PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT



"Daripada perspektif individu, saya rasa perkara paling penting ialah bagi kita memupuk sifat belajar sepanjang hayat.



Ini harus menjadi sebahagian daripada budaya kita, keinginan untuk belajar sepanjang hayat dan bukan bagi 15 tahun pertama sahaja.



Kita juga harus memberi komitmen bahawa walaupun kita akan sentiasa sibuk sebagai orang dewasa... bagaimana boleh kita mengimbanginya dan memperuntuk sedikit masa untuk terus belajar?"



- Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >