Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga SG kekalkan semangat tinggi, pertahanan psikologi tangani pandemik

Feb 15, 2022 | 05:30 AM



WARGA Singapura mengekalkan semangat tinggi dan pertahanan psikologi demi memastikan kesihatan mental penduduk dalam menangani cabaran pandemik ini sejak dua tahun lalu.



Demikian dinyatakan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, sempena Hari Pertahanan Mutlak, yang jatuh pada hari ini.



Dr Ng berkata warga Singapura berdepan dan menyokong satu sama lain untuk mengekalkan semangat tinggi walaupun hidup di bawah sekatan Covid-19 yang mengganggu dan menekankan kehidupan.



"Menangani Covid-19 menyebabkan banyak larangan sosial, mengganggu kehidupan kita dan ia amat menekankan.



"Justeru, pertahanan psikologi yang tegas adalah satu keperluan bagi mengekalkan kesihatan mental dan bagi mematuhi langkah pengurusan selamat. Saya berbesar hati, warga Singapura telah ke depan dengan menyokong satu sama lain untuk memastikan mereka bersemangat tinggi," katanya.



Selain itu, warga setempat juga memaparkan nilai-nilai Pertahanan Mutlak sepanjang pandemik.



Dr Ng berkata apabila rantaian bekalan mengalami gangguan, agensi ekonomi setempat bekerjasama bagi memastikan aliran bagi barangan keperluan tetap dibuka.



"Dengan keupayaan mereka melihat ke hadapan, kita tidak mengalami kekurangan barang-barang itu, ataupun kekurangan vaksin dan kit ujian," kata Dr Ng.



"Pertahanan Ekonomi diamalkan dengan tegas, bahkan beberapa perniagaan mengalami prestasi yang lebih baik berbanding tempoh sebelum Covid."



Selain itu, usaha bagi membantu pekerja asing dan warga emas serta membantu dalam mengurangkan penyebaran maklumat palsu oleh warga di sini turut menjadi contoh Pertahanan Sosial dan Digital.



Pertahanan Awam pula dicontohi dengan polis, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menyokong gerakan berkaitan Covid-19 seperti menguatkuasakan perintah pengurusan selamat, menjejak kontak dan membantu pesakit.



Dr Ng mengingatkan bahawa tarikh 15 Februari - menandakan ulang tahun ke-80 Singapura jatuh ke tangan Jepun pada 1942. Ia menandakan detik hitam dalam sejarah apabila pihak British menyerah kepada Jepun di hari yang sama pada 1942.



Kejadian itu mengingatkan Singapura terhadap kesan pertahanan negara yang lemah, kata Dr Ng.



Tahun ini juga menandakan Ulang Tahun ke-55 Perkhidmatan Negara (NS), iaitu contoh komitmen tinggi Singapura terhadap Pertahanan Ketenteraan, salah satu daripada enam tunggak Pertahanan Mutlak.



"Namun, Pertahanan Mutlak memerlukan setiap warga memainkan peranan jika kita ingin mengatasi musuh," tegas Dr Ng, sambil menambah bahawa pandemik turut merupakan musuh sejak dua tahun lalu.



"Apabila setiap warga Singapura memainkan peranan, usaha kolektif kita membina pertahanan yang paling tegas dan tidak mudah luntur.



"Ekonomi kita tetap terjaga, bahkan telah berkembang dalam beberapa sektor. Sistem kesihatan kita tidak tergugat dan rakyat kita tetap bersatu... Inilah kuasa Pertahanan Mutlak dalam menghadapi sebarang ancaman," ujar Dr Ng lagi.




"Apabila setiap warga Singapura memainkan peranan, usaha kolektif kita membina pertahanan yang paling tegas dan tidak mudah luntur.



Ekonomi kita tetap terjaga, bahkan telah berkembang dalam beberapa sektor. Sistem kesihatan kita tidak tergugat dan rakyat kita tetap bersatu... Inilah kuasa Pertahanan Mutlak dalam menghadapi sebarang ancaman."

- Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >