Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN: KENYATAAN MENTERI MENGENAI RESPONS SELURUH PEMERINTAH TERHADAP COVID-19

Warga SG kini tumpu pada sakit teruk, lebih terima langkah sekatan Covid-19

Jul 27, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata Singapura sedang menyaksikan perubahan dari segi psikologi kolektif dalam gelombang penyebaran jangkitan Covid-19.



Sekarang terdapat perubahan pemikiran, yang beralih daripada hanya tertumpu pada jumlah jangkitan serta penerimaan lebih tinggi terhadap langkah pengurusan keselamatan yang berlainan, ujar beliau.



Menurut Encik Ong, sejak akhir-akhir ini lebih ramai orang lebih memberi perhatian pada jumlah orang yang sakit teruk akibat Covid-19, berbanding sebelum ini, yang lebih tertumpu pada jumlah jangkitan keseluruhan.



"Sebelum ini kita sering terkejut apabila melihat jumlah jangkitan harian yang tinggi, kerana ia bermakna lebih banyak penyakit teruk dan kematian.



"Tetapi sejak kebelakangan ini, pemikiran itu telah dilenyapkan, kerana kita tahu bahawa dengan vaksinasi, jumlah jangkitan tinggi tidak semestinya bermakna lebih banyak penyakit dan kematian," kata beliau.



Menurut Encik Ong ramai orang sekarang bersikap tepat, dengan memberi tumpuan pada jumlah orang yang menghadapi jangkitan terus.



Sehinga hari ini, walaupun dengan kes jangkitan lebih tinggi sejak beberapa hari lalu, jumlah kes jangkitan serius hanya 14 dan tidak mengancam keupayaan hospital tempatan.



Satu lagi perubahan minda yang diperhatikan ialah penerimaan lebih tinggi terhadap langkah pengurusan keselamatan yang berbeza-beza untuk mereka yang divaksin dan mereka yang tidak divaksin.



Encik Ong menarik perhatian bahawa terdapat banyak gesaan supaya melakukan demikian.



Menurut beliau, ini adalah sesuatu yang memang sudah dirancang oleh pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) bagi menangani Covid-19.



Maka itu, pemerintah memutuskan sebelum ini peraturan membenarkan kumpulan hingga lima orang makan bersama jika mereka sudah divaksin, sementara yang belum hanya boleh makan bersama hingga dua orang, sebelum Singapura melaksana semula Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat).



"Apabila seluruh masyarakat mempunyai kadar vaksinasi sangat tinggi dan kita sudah beralih kepada hidup dengan Covid-19, kita seharusnya tidak mempunyai perbezaan antara mereka yang sudah divaksin dengan yang belum divaksin.



"Tetapi semasa tempoh peralihan ini, sedang kita masih membina daya ketahanan kita, perbezaan menerusi status vaksinasi adalah cara praktikal untuk membuka beberapa kegiatan dahulu sambil melindungi mereka yang masih berisiko," ujar Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >