Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:28
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

Warga SG masih anggap identiti kaum, nasional penting

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Warga SG masih anggap identiti kaum, nasional penting

Kajian IPS-CNA: 51% orang Melayu anggap diri sebagai Melayu dan warga Singapura
Nov 09, 2017 | 05:30 AM

MENGEKALKAN identiti bangsa seperti Cina, Melayu dan India yang digunakan di Singapura tetap menjadi elemen penting sebagai jati diri yang mengaitkan mereka sebagai rakyat Singapura, menurut satu kajian baru-baru ini.

Di kalangan orang Melayu yang ditinjau, sebanyak 51.7 peratus beranggapan kedua-dua identiti sebagai seorang bangsa Melayu dan rakyat Singapura adalah penting, menurut dapatan tinjauan Institut Pengajian Dasar (IPS) dan Channel NewsAsia (CNA) mengenai Identiti Etnik di Singapura.

Peratusan bagi Cina pula adalah 46 peratus dan India 53.3 peratus.

"Identiti sebagai rakyat Singapura dan etnik masih mendapat peruntukan tinggi di kalangan responden (sebanyak 49 peratus), berbeza daripada pandangan sebahagian orang bahawa identiti etnik dan kesingapuraan bercanggah,'' kata Dr Mathew Mathews, zamil penyelidikan kanan IPS, yang menerajui tinjauan itu dalam sidang akhbar semalam.

Seramai 2,020 responden terlibat dalam tinjauan itu yang mengenal pasti petanda utama bagi kumpulan etnik utama di negara ini, prestasi budaya etnik di kalangan rakyat Singapura, perkara yang mereka percaya harus disampaikan kepada anak mereka, dan sejauh mana pemahaman dan penglibatan mereka dengan budaya etnik lain.

Dalam pada itu, dapatan tinjauan itu juga menunjukkan lebih 90 peratus rakyat Singapura juga lebih cenderung menerima warga baru jika mereka mempunyai latar belakang Cina, Melayu atau India dan 84 peratus lebih cenderung menerima warga baru berketurunan Serani berbanding jika mereka berketurunan lain seperti dari Korea, Afrika atau Arab.

"Ini menggambarkan pentingnya model Cina, Melayu, India dan lain-lain (CMIO) dalam mengesahkan definisi sebagai rakyat Singapura,'' ujarnya.

Dr Mathews menerangkan sistem mengkategorikan seorang itu berdasarkan CMIO masih penting walaupun di kalangan golongan milenial.

Di kalangan milenial, terutama etnik minoriti seperti Melayu dan India berusia 21 hingga 25 tahun, identiti etnik seperti bahasa, warisan dan perayaan amat penting dalam identiti mereka.

"Ini menunjukkan etnik masih penting bagi kebanyakan rakyat Singapura,'' kata Dr Mathews.

Satu kelebihan meneruskan sistem CMIO adalah agar 'minoriti akan dapat terus mengamalkan budaya mereka dan merasakan diri mereka rakyat Singapura seperti majoriti etnik di sini, jelasnya.

Ditanya jika dasar berdasarkan etnik GRC dan Pilihan Raya Presiden (PE) yang dikhaskan bagi etnik tertentu masih diperlukan, Dr Mathews berkata Singapura memerlukan dasar bagi memastikan "setiap bangsa di Singapura tidak merasakan mereka perlu meninggalkan budaya dan bahasa mereka bagi apa yang mereka rasa amat bernilai".

Laporan lanjut: Bahasa Melayu masih dekat di hati

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3