Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENAHANAN ISA

Warga SG sertai perang saudara Yaman, dibebas dari tahanan ISA

Mar 11, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki warga Singapura yang sebelum ini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat secara aktif dalam peperangan di Yaman telah dibebaskan dan kini diletakkan di bawah Arahan Sekatan (RO).



Sheik Heikel Khalid Bafana, 49 tahun, telah bertindak sebagai ejen yang dibayar sebuah kuasa asing.



Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) memberi perkembangan tentang kes ini dalam satu kenyataan semalam.



Heikel, yang berhijrah ke Yaman bersama keluarganya pada 2008, telah mengumpul risikan mengenai negara itu bagi sebuah kuasa asing dari sekitar 2012 hingga 2018 dan dibayar jumlah yang besar bagi maklumat tersebut, menurut ISD sebelum ini.



Semasa berada di Yaman, dia juga telah membantu satu puak dalam perang saudara itu serta menawarkan diri untuk berjuang bersama puak tersebut.



Dia juga bertindak sebagai orang tengah antara puak itu dengan sebuah kuasa asing, untuk mendapatkan peralatan tentera, bekalan dan dana bagi mengendalikan latihan tentera.



Heikel dan keluarganya kemudian kembali ke Singapura pada 5 Februari 2019, dan dia ditangkap di bawah ISA pada Mac 2019.



Dia diletak di bawah RO mulai bulan ini, kata ISD semalam.



Dalam pada itu, ISD berkata RO ke atas seorang lagi individu, Rasidah Mazlan, 63 tahun, telah dibenarkan luput.



Rasidah telah dikenakan RO pada Mac 2019, setelah siasatan menunjukkan dia menghubungi beberapa pihak asing yang disyaki terlibat dalam kegiatan berkaitan pengganasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >