Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga SG sumbang $40,000 kepada penduduk M'sia

Bantu keluarga memerlukan di tengah pandemik
Aug 14, 2021 | 05:30 AM



AWALNYA Ustaz Mahfuz Al- Hafiz Abdul Rahman hanya menetapkan matlamat mengumpul derma $3,500, cukup untuk menyiapkan 100 bakul barangan dapur untuk diberikan kepada keluarga miskin di Johor.



Namun sumbangan yang diterima hasil derma penduduk di Singapura itu lebih 10 ganda lebih tinggi dengan $40,000 berjaya dikumpulkan, cukup untuk membeli lebih 1,000 bakul barangan dapur.



Dihubungi Berita Harian, Ustaz Mahfuz Al-Hafiz Abdul Rahman, yang juga pengasas Travelustaz- .com berkata beliau sebenarnya telah memulakan usaha mengumpul dana itu sebagai projek peribadi sahaja.



Idea bagi projek itu berputik selepas beliau membaca akhbar dan media sosial tentang bagaimana pandemik telah menjejas kehidupan penduduk Johor, ujar beliau.



Justeru, beliau mencetuskan satu idea untuk bekerjasama dengan Pusat Rawatan Islam Terapi Bil Quran (TBQ), yang berpangkalan di Malaysia serta Pertubuhan Ihsan Johor untuk menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan di Johor.



Mengulas sokongan dan sumbangan yang diberi bagi usaha Projek Makanan antara Singapura dengan Johor sehingga kini, Ustaz Mahfuz berkata beliau tidak sangka projeknya akan menjadi viral.



''Saya pada mulanya merancang untuk mengumpul sumbangan secara kecil-kecilan sahaja... dan hanya melibatkan klien saya sahaja.



''Tetapi tiba-tiba projek saya menjadi tular dan ramai tampil memberi sumbangan.



''Pada awalnya saya terkejut tetapi kini berasa amat terharu dengan sifat ihsan dan ramah penduduk di Singapura yang rela menghulur bantuan semasa tempoh sukar ini,'' katanya.



Dengan sumbangan itu, beliau berkata pasukannya dapat membantu 11 kali ganda keluarga berbanding sasaran asal.



Setakat ini, lebih 400 keluarga miskin di Muar, Plentong dan Masai di Johor telah menerima bakulbakul makanan tersebut.



Bakul makanan yang diagihkan mengandungi barangan dapur seperti beras, telur, minyak masak serta makanan dalam tin.



Pengasas TBQ, Encik Herman Sudil, seorang warga Singapura yang bermastautin di Johor sejak 2010, berasa berbesar hati kerana berpeluang terlibat dalam projek itu.



''Di sini, kedai-kedai yang menjadi sumber mencari rezeki terpaksa ditutup.



''Pekerja-pekerja terpaksa dibuang. Maka perbelanjaan asas keluarga terjejas dengan sangat teruk.



''Oleh itu kami sangat terharu dengan kesediaan rakyat Singapura untuk menghulurkan bantuan dalam keadaan yang sangat sukar sekarang.



''Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik para penderma,'' katanya.



Disebabkan sokongan dan sumbangan besar oleh penduduk Singapura, Ustaz Mahfuz berkongsi usaha itu kini menjangkau bukan hanya penduduk johor, malah mereka yang terjejas di Kedah dan Selangor.



Ustaz Mahfuz berkata Projek Berkongsi Makanan antara Singapura dengan Johor itu akan berlang berlangsung hingga 5 September ini.



''Kami sedang bekerja rapat dengan rakan-rakan kami TBQ dan Pertubuhan Ihsan Johor.



''Sekiranya diberi peluang lain untuk meneruskan usaha yang sama atau menjalankan projek yang lain kami rela berbuat demikian di masa depan,'' ujarnya.




''Saya pada mulanya merancang untuk dan ke Johor Bahru. mengumpul sumbangan secara kecil-kecilan sahaja... dan hanya melibatkan klien saya sahaja.

Tetapi tiba-tiba projek saya menjadi tular dan ramai tampil memberi sumbangan.

Pada awalnya saya terkejut tetapi kini berasa amat terharu dengan sifat ihsan dan ramah penduduk di Singapura yang rela menghulur bantuan semasa tempoh sukar ini.''

- Ustaz Mahfuz Al-Hafiz Abdul Rahman, yang juga pengasas Travelustaz.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >