Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga SG yang curi bendera Arab Saudi dipenjara 11 bulan

Oct 28, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki warga Singapura yang mencuri bendera Arab Saudi dari tiang bendera di luar kedutaan negara itu, serta mencuri barang kedai dan menendang neneknya dalam kejadian berasingan, telah dihukum penjara 11 bulan.



Mohammad Halimun Mohammad Shaifful, 33 tahun, mengaku bersalah terhadap kesalahan tersebut di mahkamah semalam.



Mahkamah diberitahu bahawa Halimun mengambil bendera itu dari tiang bendera di luar kedutaan Arab Saudi di Penang Road pada 1 Ogos sekitar 12.30 pagi.



Kedutaan itu menghubungi polis untuk melaporkan tentang bendera yang hilang itu dua hari kemudian, kata Timbalan Pendakwa Raya Seah Ee Wei.



Identiti Halimun dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan dia ditangkap pada 5 Ogos sekitar 2 pagi di Connaught Drive.



Bendera yang dicuri itu ditemui dalam begnya.



Enam jam sebelum dia mencuri bendera itu, Halimun telah mengambil botol minuman ringan berharga $2.50 daripada peti sejuk di FairPrice Xpress di Peace Centre dan meninggalkan tempat itu tanpa membayar.



Kakitangan pasar raya itu, kesemuanya wanita, takut bersemuka dengan Halimun. Oleh itu, ketua kumpulan mereka telah menghubungi polis untuk melaporkan kes pencurian itu.



Sekitar dua bulan sebelum itu pada 16 Jun, Halimun sedang menyiapkan makanan di dapur apabila neneknya berusia 81 tahun, yang mengalami demensia dan memerlukan tongkat untuk bergerak, memasuki dapur untuk menggunakan tandas.



Neneknya berada di belakang Halimun apabila dia tiba-tiba pusing, menendang pinggulnya dan menampar mukanya.



Wanita itu menjerit dalam kesakitan sedang pembantu rumah keluarga itu memegangnya, membawa beliau ke ruang tamu dan menghubungi bapa Halimun.



Bapanya kemudian meminta Halimun meninggalkan rumah itu dan tidak membenarkannya kembali. Laporan polis kemudian dibuat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >