Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:27
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Warga Singapura akui boleh belajar dari budaya warga asing, namun berpendapat mereka harus lebih sesuaikan diri dalam masyarakat

Aug 03, 2019 | 02:56 PM

KEBANYAKAN warga Singapura bersetuju terhadap kepentingan dan nilai warga asing di sini, tetapi ramai juga yang berpendapat warga asing tidak mengambil langkah yang cukup untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat. 

Ini merupakan antara hasil kajian Institut Pengajian Dasar (IPS) berkaitan kaum, agama dan bahasa yang dikeluarkan hari ini. 

Sebanyak 87 peratus warga dan penduduk tetap yang ditinjau bersetuju bahawa terdapat peluang untuk belajar dari budaya warga asing. 

Sebanyak 90 peratus pula berkata baik jika terdapat warga berbeza yang tinggal di kejiranan yang sama. 

Kebanyakan yang ditinjau (72 peratus) juga suka bertemu dan berinteraksi dengan warga asing. 

Berita Popular

Namun, 67 peratus berkata warga asing tidak mengambil langkah yang cukup untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat Singapura. 

Hasil kajian tersebut dikongsi felo kajian kanan IPS Mathew Mathews semasa Konvensyen Majlis Integrasi Nasional (NIC).
 

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map