Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga Singapura alami kegagalan jantung lebih awal, Melayu paling berisiko

Jun 16, 2016 | 03:04 PM



WARGA Singapura, sama seperti orang Asia lain, mengalami kegagalan jantung pada usia purata 61 tahun, kira-kira 10 tahun lebih awal daripada usia 70 tahun bagi rakyat Amerika Syarikat dan Eropah, menurut satu kajian.



Orang Melayu pula mempunyai risiko kegagalan jantung paling tinggi dalam kalangan tiga kaum utama di rantau ini.



Kejadian penyakit arteri koronari, tekanan darah tinggi, dan kencing manis - tiga penyakit yang paling biasa membawa kepada kegagalan jantung - juga lebih tinggi dalam kalangan warga Singapura, berbanding orang Asia secara keseluruhan, orang Amerika dan orang Eropah.



Di Singapura, 58 peratus daripada pesakit dalam kajian itu menghadapi kencing manis, berbanding 40 peratus di Asia, dan 33 peratus di Amerika dan di Eropah.



Membentangkan dapatan itu pada Khamis (16 Jun) di Pusat Jantung Nasional Singapura (NHCS), penyelidik utama kajian tersebut, Profesor Madya Carolyn Lam, berkata: "Di Singapura, kita telah beralih dengan pesat, dan kini baby boomers (mereka yang dilahirkan dalam beberapa tahun selepas Perang Dunia Kedua) yang telah mencapai usia 60 tahun, dan mereka menunjukkan kegagalan jantung akibat faktor-faktor risiko."



Kajian itu, yang melibatkan lebih 5,000 pesakit dari rantau ini, juga mendapati orang Melayu dari negara seperti Singapura, Malaysia dan Indonesia mempunyai risiko kegagalan jantung paling tinggi.



Ia mendapati 62 peratus orang Melayu mempunyai tekanan darah tinggi, berbanding 58 peratus Cina dan 43 peratus India.



"Sinar harapannya ialah kebanyakan faktor risiko kardiovaskular boleh diubah suai. Dengan kata lain, banyak yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan atau mengelakkan risiko tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung koronari," kata Dr Lam, yang merupakan konsultan kanan di Jabatan Kardiologi di NHCS.



Menyifatkan mereka sebagai "penyakit gaya hidup", beliau berkata malah tindakan mudah seperti berjalan lebih dan menggunakan tangga, ditambah makan mengikut sukatan sesuai, boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit itu, dan sekali gus, kegagalan jantung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >